NAMPAKNYA, bukan hanya Mohd Mentor yang memilih tarikh 14 Oktober untuk menamatkan zaman bujang, tetapi penyanyi yang kini sedang ligat sebagai pengacara dan wartawan penyiaran, Zehra Zambri juga memilih tarikh yang sama untuk disatukan dengan lelaki pilihannya, Wan Muhammad Nurhariz Hariri.
Zehra yang sebelum ini pernah melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Semalakama ciptaan Pak Ngah ini mengedarkan kad jemputan perkahwinannya yang bakal berlangsung di Wisma Perwira ATM, Padang Tembak Kuala Lumpur pada Sabtu, 14 Oktober ini.
Majlis pernikahan atau ijabkabul akan dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi pula di sebelah malam, pada hari dan tempat yang sama.
Majlis pernikahan atau ijabkabul akan dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi pula di sebelah malam, pada hari dan tempat yang sama.
Mengikut kad jemputan tersebut, Zehra memilih lelaki bernama Wan Muhammad Nurhariz Hariri sebagai pasangan hidupnya.
Insya-Allah kami semua mendoakan yang terbaik buat Zehra dan bakal suami. Mudah-mudahan semuanya berlangsung sebagaiamana yang telah dirancang. Aminn.
Semestinaya dalam tempoh kurang dua minggu ini, Zehra sedang sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagianya ini. Selamat Pengantin Baru yaa..
Biarpun status sudah berubah sebagai seorang isteri selepas ini, ramai peminat yang masih mengharapkan agar Zehra kembali menyanyi dan tampil dengan lagu baru untuk mengubat rindu.
0 Comments