Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Trivia] 23 Fakta menarik Ruzana Ibrahim


RUZANA Ibrahim, satu nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum. Dikenali kerana bakat lakonannya yang hebat, namanya kini mula menjadi perhatian ramai. Tinggi lampai, mudah didekati dan sangat positif orangnya. Jom kita kenali siapa dia.



  • Merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur.
  • Bernaung di bawah zodiak Scorpio, 13 November 1983
  • Mendapat pendidikan di sekolah Convent Bukit Nenas dan kemudiannya menyambung pelajaran di Segi College, Kuala Lumpur.


  • Status berkahwin - M. Fadhil Zakaria (Mac 2018)
  • Sepupu kepada pelakon dan pengacara Sazzy Falak
  • Anak ketiga daripada tujuh beradik. Merupakan kakak kepada  pelakon Zayanah @ Zeyna Ibrahim (drama Kami The Series) dan Sabreena Ibrahim (Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna)


  • Obses kepada filem-filem terbitan Walt Disney Studio 
  • Melukis adalah salah satu daripada hobinya di masa lapang.
  • Cukup meminati muzik rock alternatif.


  • Menyertai program realiti TV, Gangstarz musim pertama (2007) menerusi trio Lucious bersama sahabat baiknya Nadia Aqilah dan Eenaz Mokhtar dan popular dengan lagu Khabarkan.
  • Pernah menjayakan kolaborasi bersama kumpulan Dynda dari Singapura menerusi single Bebaskan Hatimu.
  • Pernah bekerja dalam dunia korporat selama beberapa tahun sebelum kembali kepada dunia lakonan.


  • Meminati lakonan pentas terutamanya teater muzikal.
  • Mula aktif dalam bidang seni sekitar tahun 2006 menerusi penglibatan dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang di bawah produksi Enfiniti Produktion.
  • Terlibat dalam semua pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang, kecuali musim ketiga.
  • Terlibat dengan semua pementasan teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya Kuala Lumpur, Sarawak, Singapura dan termasuk road tour pementasan di beberapa negeri pada tahun lalu.


  • Teater lain yang turut menampilkan dirinya adalah Dream Girls Broadway Musical, The Secret Life Of Nora, Seussical The Musical, Short & Sweet Musical, Mencari Sumaiyah dan lain-lain. 
  • Tari Tirana merupakan penampilan pertamanya dalam lakonan drama TV, diikuti puluhan drama lain seperti Pesona Sukma, Cik Puan Cinderella, Tuan Anas Mikail, Cik Puan Sinderella, Cinta 100KG, Isteri Tuan Ihsan, Playboy Di Mindaku, Waris Kg Semarah Padi, Hijrah Di Ufuk Senja, Dendam Cinta Arissa (2020), Misteri Mona (2020), KL Gangster Underworld 2 (2020) dan lain-lain.
  • Selain berbakat dalam lakonan dan nyanyian, dia juga hebat dalam menari.


  • Relationship Status (2012) merupakan filem pertama lakonannya.
  • Memegang watak sebagai komunis dalam filem kedua lakonannya, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang ditayangkan Mac lalu..



  • Pernah membintangi sitkom berbahasa Inggeris, Small Mission Eenterprise (SME) yang disiarkan di ntv7 (2012).
  • Tidak hanya mendapat perhatian sebagai pelakon, Ruzana juga diingati menerusi aksi bersahajanya sebagai pengacara program Extreme Pesona yang kini sedang hangat disiarkan setiap Sabtu, jam 12.20 tengahari (ulangan 3.30 pagi) di TV1. 

PROGRAM TV
  • Extreme Pesona (2017)
  • Kaki Gunung (Akan Datang)
DRAMA
  • Tari Tirana
  • Tuan Anas Mikail
  • Cinta 100KG
  • Isteri Tuan Ihsan
  • Waris Kg Semarah Padi
  • 7 Pesanan Suara (2019)
  • Dendam Cinta Arissa (2020)
  • Misteri Mona (2020)
  • KL Gangster Underworld 2 (2020) 
TELEFILEM
  • Pesona Sukma
  • Cik Puan Cinderella
  • Playboy Di Mindaku
  • Hijrah Di Ufuk Senja,  
FILEM 
  • Relationship Status (2012)
  • Kanang Anak Langkau (2017)

TEATER
  • Puteri Gunung Ledang The Musical (semua musim)
  • P. Ramlee The Musical 
  • Dream Girls Broadway Musical 
  • The Secret Life Of Nora
  • Seussical The Musical
  • Short & Sweet Musical
  • Mencari Sumaiyah (2017)


***DIKEMASKINI

Post a Comment

0 Comments