Timang Cahaya Mata Kedua, Park Shin Hye Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


PELAKON popular Korea Selatan, Park Shin Hye kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Selasa.

Agensinya, S.A.L.T. Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Aktres berusia 36 tahun itu kini berehat bersama suaminya, pelakon Choi Tae Joon, serta keluarga selepas melalui proses kelahiran tersebut.

“Park Shin Hye telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat hari ini (22 September), sekali gus membawa seorang lagi anggota baharu dalam keluarganya, bersama Choi Tae Joon.”.

Pihak agensi turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan tahniah serta meminta orang ramai memberikan doa dan sokongan buat keluarga pasangan berkenaan.

Sebelum mengumumkan kehamilan kedua, Park Shin Hye terlebih dahulu muncul menerusi drama Undercover Miss Hong yang disiarkan pada awal tahun ini.

Pada April lalu, S.A.L.T. Entertainment mengesahkan berita kehamilan kedua aktres berkenaan, sekali gus mendapat perhatian daripada peminat serta penggiat industri hiburan Korea Selatan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2022 sebelum menyambut kelahiran anak pertama mereka, seorang bayi lelaki, pada Mei tahun yang sama. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments