ADAPTASI daripada novel bestseller The New York Times karya Ali Hazelwood, The Love Hypothesis bakal menemui penonton di Prime Video bermula 23 September depan. Kisah rom-com ini menggabungkan elemen cinta palsu, konflik emosi dan chemistry perlahan yang akhirnya mencetuskan tarikan tidak dijangka.
Mengisahkan tentang Olive, lakonan Lili Reinhart, seorang pelajar Ph.D yang sangat fokus terhadap dunia akademik dan masa depannya.
Segalanya berubah apabila Olive membuat satu keputusan spontan dalam hidupnya yang selama ini sangat tersusun. Tanpa diduga, dia mencium Adam Carlsen (Tom Bateman), seorang profesor yang terkenal dengan sikap tegas dan sukar didekati, semata-mata untuk meyakinkan orang sekeliling bahawa dia sudah melupakan crush lamanya.
Apa yang pada awalnya hanya satu tindakan impulsif demi membantu sahabatnya, akhirnya membawa Olive dan Adam ke dalam satu hubungan 'fake dating' yang dipersetujui bersama. Hubungan itu dilengkapi dengan peraturan tertentu, sempadan yang jelas, dan persefahaman bahawa semuanya hanyalah lakonan sementara yang saling menguntungkan kedua-dua pihak.
Namun semakin lama mereka berpura-pura, sempadan antara lakonan dan realiti mula kabur. Olive mula berdepan emosi yang tidak pernah dia jangkakan, sehingga memaksanya mempersoalkan semula apa yang dia percaya tentang cinta, logik dan risiko untuk membuka hati kepada seseorang.
The Love Hypothesis diarahkan oleh Claire Scanlon dan ditulis oleh Sarah Rothschild, berdasarkan novel popular karya Ali Hazelwood yang sebelum ini menjadi fenomena global dalam genre romantik akademik.
Naskhah terbitan diterbitkan oleh MRC melalui Cantillon Company ini dibintangi Lili Reinhart, Tom Bateman, Rachel Marsh, Nicholas Duvernay, Jaboukie Young-White dan Arty Froushan.
The Love Hypothesis dijangka menjadi antara tontonan rom-com yang paling dinanti bagi peminat genre tersebut di platform streaming global.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments