Shopee Bazar Hebat Raya: Trend Pembelian Berasaskan Kandungan Menguasai Musim Perayaan



SEPANJANG musim perayaan, rakyat Malaysia semakin cenderung memilih pendekatan pembelian berasaskan kandungan untuk meneroka produk dan mendapatkan tawaran menarik.

Ketika kempen Raya Bersama Shopee 2025, pengguna mengikuti Shopee Live bagi menyaksikan demonstrasi secara langsung serta pelancaran eksklusif yang menjana lebih 1 bilion tontonan dan mendorong lebih 132 bilion item terjual melalui livestream.

Isi rumah turut mengambil kesempatan daripada baucar yang disediakan, dengan lebih 67 bilion baucar ditebus apabila tawaran jenama digabungkan bersama Penghantaran Percuma, membantu memaksimumkan penjimatan sempena perayaan.

Corak pembelian ini turut mempengaruhi cara rakyat Malaysia menghias kediaman, memilih hadiah, dan merancang busana Raya mereka.

Shopee Bazar Hebat Raya, yang berlangsung hingga 25 Mac, terus memperkukuh trend ini dengan inspirasi fesyen yang dipacu oleh pencipta kandungan digital serta baucar 50% Diskaun Shopee Live sepanjang musim perayaan.

Terokai Trend Fesyen Raya Bersama #GetReadyWithShopee

Gaya Raya kini banyak dipengaruhi oleh kandungan digital, di mana demonstrasi dan sesi penggayaan secara langsung membantu pengguna membuat pilihan sebelum membeli.

Setiap Jumaat dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, bersama sesi tambahan pada tarikh kempen utama, #GRWS Raya Fashion Hacks menampilkan Farah Deluna, Sharifah Rose, dan Qisthena.

Mereka mengupas trend fesyen terkini dan berkongsi tip penggayaan, dari padanan warna hingga teknik lilitan tudung, untuk penampilan Raya yang lebih menyerlah.

Produk yang dipaparkan boleh dimiliki dengan baucar 50% Diskaun Shopee Live, digabungkan bersama tawaran jenama. Jenama tempatan seperti Adnaa, Siti Khadijah, dan Haera HQ turut menampilkan koleksi terbaharu melalui Raya Best Sellers dan New Arrivals, dengan stok ditambah setiap hari serta diskaun 50%.


Sementara itu, sesi Super Brand Day pada hujung minggu dari 1PM hingga 2PM mengetengahkan jenama seperti Naelofar dan My Ballerine dengan pelancaran eksklusif serta baucar tambahan.

Bagi penjimatan lebih besar, pengguna boleh merebut RM10 Fashion & Beauty Flash Deals dari 12 tengah hari hingga 2 petang pada tarikh berikut:

● 3 Mac: Jualan Persiapan Raya
● 10 Mac: Jualan Istimewa Raya
● 15 Mac: Jualan Hebat Raya
● 25 Mac: Jualan Akhir Raya

Rancang Rumah Terbuka Raya dengan Shopee Live

Dalam kesibukan persiapan rumah terbuka, Shopee Live menjadi sumber inspirasi harian. Bersiaran setiap hari pada jam 12 tengah hari dan 8 malam, hos menampilkan produk dari Shopee Lagi Murah, merangkumi barangan runcit, fesyen Muslim, kesihatan, kecantikan dan elektronik daripada jenama seperti ZUS Coffee, Wardah, dan PerySmith.

Pembelian melalui Shopee Live menawarkan baucar 50% Diskaun Shopee Live setiap hari, serta tawaran tambahan dari jenama terpilih yang boleh digabungkan dengan Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum dan Shopee Coins untuk penjimatan ekstra.

Untuk pembelian bernilai tinggi, kadar faedah SPayLater 12 bulan yang rendah membolehkan pengguna membuat pembayaran secara lebih fleksibel sepanjang musim Raya.


Khairul Aming pula bersiaran di Shopee Live pada 3 Mac jam 5 petang, berkongsi resipi sambal dan dendeng kegemaran ramai serta mengacarakan Shopee’s Eksklusif Sampul Raya Giveaway, sesuai untuk pencinta masakan yang ingin menambah kemeriahan perayaan.

Pada hari sama, jam 8.30 malam, Duta Jenama Shopee Mimi Fly dan Hael Husaini akan menampilkan sesi langsung khas Raya termasuk temu bual eksklusif dan segmen interaktif sambil berkongsi cara menyambut musim perayaan.

Setiap sesi Shopee Live dan aktiviti di Shopee Bazar Hebat Raya direka untuk memberi inspirasi, memudahkan persiapan Raya, dan menambah kemeriahan perayaan.

Dari fesyen hingga dekorasi rumah, semua elemen menyatu untuk mencipta detik-detik manis yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Layari Shopee Bazar Hebat Raya untuk maklumat lanjut. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments