SEMPENA Ramadan dan Syawal tahun ini, Marriott Bonvoy berganding bahu dengan label fesyen tempatan tersohor, KHATAM, menerusi kolaborasi istimewa bertemakan 'A Memory Etched In Time'.
Kerjasama ini menyatukan fesyen kontemporari, seni warisan dan layanan hospitaliti dalam satu naratif yang meraikan budaya serta kebersamaan di hotel-hotel terpilih rangkaian Marriott Bonvoy seluruh Malaysia.
Berlangsung dari 18 Februari hingga 20 Mac 2026, kolaborasi ini menampilkan pengalaman kurasi sempena musim perayaan, termasuk hidangan berbuka puasa, hadiah edisi terhad dan keistimewaan rentas jenama untuk ahli kesetiaan kedua-dua pihak.
Lebih daripada kempen bermusim, ia mempertemukan nilai pertukangan, penceritaan budaya dan pengalaman berteraskan manusia dalam suasana yang lebih peribadi.
Lebih daripada kempen bermusim, ia mempertemukan nilai pertukangan, penceritaan budaya dan pengalaman berteraskan manusia dalam suasana yang lebih peribadi.
Di teras kolaborasi ini ialah bahasa reka bentuk KHATAM yang diterjemahkan melalui dua ciptaan eksklusif untuk Marriott Bonvoy, mengangkat simbolisme warisan Melayu dengan pendekatan moden yang halus.
Samping Tampuk Kecepu
Berinspirasikan alam dan tradisi, motif Tampuk Kecepu membawa makna yang mendalam dalam budaya Melayu. 'Tampuk' merujuk detik bunga bertukar menjadi buah iaitu simbol permulaan, keseimbangan dan kesinambungan.
Garisan berstruktur melambangkan kekuatan dan tertib, manakala kudup bunga mencerminkan pertumbuhan serta pembaharuan.
Artisan Clay Batik
Turut diketengahkan ialah batik tanah liat yang dihasilkan sepenuhnya secara manual oleh penggiat batik mahir dari Kelantan.
Menggunakan teknik tradisional clay batik, setiap helaian melalui proses teliti daripada lakaran motif hingga sentuhan akhir, mencerminkan kesabaran dan kepakaran yang diwarisi turun-temurun.
Menggunakan teknik tradisional clay batik, setiap helaian melalui proses teliti daripada lakaran motif hingga sentuhan akhir, mencerminkan kesabaran dan kepakaran yang diwarisi turun-temurun.
Variasi halus pada motif dan tekstur memperlihatkan sentuhan tangan pembuatnya, menjadikan setiap helaian bukan sekadar fabrik, tetapi manifestasi warisan seni yang hidup. Ia menghubungkan masa lalu dan masa kini dalam satu karya yang sarat makna.
Menurut Senior Area Director of Operations Indonesia & Malaysia, Marriott International, Masri, hospitaliti berperanan sebagai penghubung budaya yang menyatukan manusia, kreativiti dan kisah tempatan.
Kerjasama bersama KHATAM membuka ruang untuk meraikan musim perayaan dengan pendekatan yang lebih dekat dengan identiti setempat, sambil memberikan nilai tambah kepada komuniti kedua-dua jenama.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, ahli KHATAM Loyalist dan Marriott Bonvoy boleh mendapatkan kotak biskut Raya edisi terhad serta Sampul Raya rekaan artis Malaysia, Osman Akbar.
Rekaannya merakam momen kebersamaan dan kehangatan Aidilfitri dalam gaya visual yang tersendiri. Koleksi eksklusif ini ditawarkan di Putrajaya Marriott Hotel, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan The Westin Kuala Lumpur.
Kolaborasi ini turut diperkukuh menerusi siri penceritaan sosial Faces of Hospitality, yang menampilkan barisan kakitangan hotel Marriott Bonvoy dari bahagian hadapan serta pasukan makanan dan minuman.
Diperagakan dalam busana KHATAM, mereka berkongsi gambaran rutin harian sepanjang Ramadan, menawarkan perspektif yang lebih peribadi tentang makna hospitaliti, sambil mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia. Siri ini akan dikongsikan di platform digital kedua-dua jenama sepanjang musim perayaan.
Ketua Operasi Perniagaan KHATAM, Saiful Ridhwan Zulkifli, menyifatkan kolaborasi ini sebagai peluang untuk memperluas nilai kepada komuniti setia tanpa mengabaikan falsafah reka bentuk yang menjadi tunjang jenama ini.
Setiap perincian, daripada Sampul Raya hingga kotak biskut dirangka dengan keseimbangan antara tradisi dan kemewahan yang bersahaja, selari dengan identiti kedua-dua pihak.
Kempen ini turut memperkenalkan inisiatif Breaking Fast in Style, iaitu keistimewaan rentas jenama untuk kesetiaan ahli.
Melangkaui musim perayaan, kerjasama ini bakal berkembang menjadi perkongsian jangka panjang di bawah payung 'Loyal to Tradition'.
Inisiatif ini menyatukan ekosistem kesetiaan kedua-dua jenama secara lebih bersepadu, menawarkan ganjaran rentas jenama, keistimewaan kurasi dan kolaborasi gaya hidup eksklusif, termasuk barangan edisi terhad serta aktivasi bermusim.
Secara keseluruhan, kolaborasi ini memperlihatkan bagaimana warisan, fesyen dan hospitaliti boleh disatukan dalam satu pengalaman yang bukan sahaja meraikan tradisi, tetapi turut mencipta memori bermakna sepanjang Ramadan dan Syawal. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments