Oleh: SORAYA AFNAN
SEMPENA Hari Valentine, Parkroyal Collection Kuala Lumpur tampil sebagai destinasi yang mengangkat konsep perayaan cinta dalam suasana elegan di tengah bandar. Melalui rangkaian pengalaman yang dirancang dengan teliti, hotel ini menawarkan ruang buat pasangan untuk menikmati detik kebersamaan dalam suasana yang lebih peribadi dan bermakna.
Antara pengalaman yang diketengahkan ialah sajian makan malam bertemakan romantik yang menampilkan pilihan makanan laut premium, pencuci mulut istimewa serta elemen dekorasi yang melengkapkan suasana malam.
Pengalaman ini ditawarkan pada 14 dan 15 Februari, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, menjadikannya pilihan sesuai bagi pasangan yang ingin meraikan Valentine dengan sentuhan klasik dan elegan. Pasangan yang hadir turut berpeluang menyertai cabutan bertuah khas sempena Valentine dengan hadiah penginapan eksklusif.
Bagi mereka yang memilih suasana lebih santai, Be My Valentine Afternoon Tea di Botanist Lounge & Bar menawarkan pengalaman minum petang yang tenang dan romantik.
Ditawarkan pada 13, 14 dan 15 Februari 2026, dari jam 3 petang hingga 6 petang, set minum petang ini menampilkan pelbagai pastri bertemakan cinta, hidangan ringan yang disusun kemas serta pilihan minuman yang melengkapkan pengalaman tersebut.
Sementara itu, pengalaman Just The Two of Us Candle Light Dinner di Botanist Lounge & Bar pula dikhaskan untuk pasangan yang inginkan suasana lebih intim pada malam Valentine.
Ditawarkan pada 14 Februari 2026 dari jam 6 petang hingga 10 malam, pengalaman ini menggabungkan hidangan makan malam berperingkat dengan iringan muzik secara langsung, sekali gus mewujudkan suasana romantik yang lebih peribadi.
Dengan pelbagai pilihan pengalaman yang ditawarkan, sambutan Hari Valentine di Parkroyal Collection Kuala Lumpur memberi peluang kepada pasangan untuk meraikan cinta mengikut cara tersendiri, sama ada melalui hidangan istimewa, minum petang yang santai atau makan malam intim yang menekankan momen kebersamaan.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments