HARRY Styles kembali mencuri perhatian dunia muzik dengan pengumuman album studio keempatnya berjudul Kiss All The Time. Disco, Occasionally., yang dijadualkan menemui peminat di seluruh dunia pada 6 Mac 2026. Album ini menandakan fasa baharu dalam perjalanan seni penyanyi dan penulis lagu pemenang anugerah GRAMMY itu, yang terkenal dengan pendekatan muzik yang sentiasa berevolusi dan berani bereksperimen.
Mengandungi 12 buah lagu, ia sekali lagi menyaksikan kolaborasi Styles, bersama penerbit terkenal Kid Harpoon, yang bertindak sebagai penerbit eksekutif. Kombinasi kreatif antara mereka sebelum ini telah menghasilkan beberapa karya ikonik, menjadikan album terbaharu ini antara yang paling dinanti oleh peminat dan pengkritik muzik.
Sebagai pembuka tirai kepada era
Kiss All The Time. Disco, Occasionally., penyanyi berusia 32 tahun ini turut mengumumkan pelancaran single utama berjudul
Aperture, yang akan dilancarkan secara global pada 23 Januari, jam 8 pagi waktu Malaysia.
Lagu ini dijangka memberikan gambaran awal terhadap arah muzik album baharu itu yang menggabungkan elemen disco moden, pop dan sentuhan eksperimental yang sinonim dengan gaya unik Styles.
Evolusi Bunyi Tanpa Batas
Sepanjang kerjayanya, penyanyi asal asal England ini dikenali sebagai artis yang tidak terikat dengan satu genre. Daripada pop rock, folk, soft rock sehinggalah elemen retro dan funk, setiap album hadir dengan identiti tersendiri.
Judul album
Kiss All The Time. Disco, Occasionally. sendiri mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, seolah-olah memberi bayangan kepada nuansa disco moden yang digabungkan dengan sentuhan eksperimental, satu kombinasi yang pasti memikat peminat lama dan baharu.
Pelancaran album ini juga disertai dengan pelbagai tawaran eksklusif termasuk vinyl edisi terhad, CD, barangan rasmi, box set, dan pelbagai koleksi khas lain untuk peminat setia. Kesemua item ini kini tersedia untuk pra-tempahan melalui platform rasmi artis tersebut.
Dengan kejayaan album-album terdahulu yang bukan sahaja mendominasi carta global tetapi turut diiktiraf oleh industri muzik antarabangsa,
Kiss All The Time. Disco, Occasionally. dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Styles sebagai antara figura paling berpengaruh dalam landskap muzik moden hari ini.
Single
Aperture bakal menjadi langkah pertama menuju era baharu ini dan jika mengikut sejarah, Harry Styles sekali lagi bersedia untuk menetapkan rentak, bukannya mengikut arus.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments