ST Rosyam Mart Buka Cawangan Kesembilan di Jakel Square, Kuala Lumpur


KUMPULAN Sri Ternak, pasar raya borong Halal 24-jam yang paling dipercayai di Malaysia, bakal membuka cawangan terbaharu ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur pada 17 Disember.

Ini merupakan cawangan kesembilan dan kedua mereka di Kuala Lumpur, direka sebagai destinasi membeli-belah yang menarik untuk penduduk tempatan serta pelancong. Cawangan baharu ini menampilkan ‘Malaysian Selection’, ruang khas yang mempamerkan produk buatan Malaysia termasuk makanan ringan, minuman, dan cenderahati tempatan.

Selain itu, Celebrity Corner diperluas untuk mempamerkan produk berjenama selebriti tempatan seperti Datuk Chef Wan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Khatijah Ibrahim, dan ramai lagi, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pengunjung.

Bukan sekadar pasar raya biasa, ST Rosyam Mart menyediakan ruang membeli-belah bertaraf lima bintang dalam persekitaran 24 jam pada harga borong.

Dengan keluasan melebihi 40,000 kaki persegi, reka bentuk moden dan kontemporari, siling tinggi, laluan luas, susunan produk teratur, serta kaunter bayar sendiri (SCO) dan kaunter tunai yang mencukupi, pengalaman membeli-belah di sini dijamin lancar dan selesa.

Sebaik sahaja melangkah masuk, pengunjung akan disambut dengan aroma menggoda dari ST Cafe dan layanan mesra kaunter khidmat pelanggan. Pasar raya ini juga menawarkan ruang untuk pengunjung bersantai, berjumpa rakan, dan meneroka barangan yang mana semuanya direka untuk pengalaman membeli-belah yang praktikal dan menyenangkan.

Inisiatif dan Komitmen Terhadap Pengunjung

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann, menekankan bahawa matlamat mereka adalah untuk membantu individu dan perniagaan menjimatkan masa, wang, dan hidup dengan lebih baik.

“Pembukaan ST Rosyam Mart di Jakel Square, KL mengukuhkan komitmen ini. Pengenalan ‘Malaysian Selection’ bukan sahaja penambahan unik, tetapi juga cerminan tanggungjawab kami menyokong produk tempatan. Kami mahu menawarkan aksesibiliti, nilai, dan kemudahan 24 jam untuk semua,” ujarnya.


Majlis perasmian pada 17 Disember 2025, jam 8 malam itu nanti, turut menampilkan inisiatif ‘Selamatkan Dompet Warga KL’, membantu penduduk membeli keperluan harian berkualiti pada harga mampu milik.

Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor, berkata, cawangan iitu mencerminkan tanggungjawab pihaknya kepada rakyat Malaysia.

"Selain menyediakan keperluan harian mampu milik, kami mahu ruang ini menjadi tempat mudah untuk keluarga, pekerja, dan rakan-rakan singgah selepas kerja sama ada untuk membeli-belah, menikmati hidangan, atau sekadar berehat,” ujarnya.

Pengunjung boleh meneroka lebih 40,000 produk, daripada sayur-sayuran segar, buah-buahan, ayam berkualiti, kepada daging premium tempatan dan import termasuk Wagyu. Makanan laut segar dan beku seperti King Crab, salmon, dan tuna juga disediakan. Sementara itu, pemilik perniagaan kecil dan katerer boleh membeli secara borong di Bahagian Barangan Borong.

Sempena perasmian, pelbagai aktiviti dan promosi akan berlangsung dari 17 hingga 31 Disember 2025 termasuk pertandingan penciptaan kandungan ‘Misi Mencari Raja Konten’ dengan hadiah tunai sehingga RM20,000.

ST Rosyam Mart di Jakel Square bukan sekadar pasar raya, ia merupakan pengalaman membeli-belah yang menggabungkan kualiti, kemudahan, dan kepelbagaian produk tempatan. Daripada barangan harian hingga produk berjenama selebriti, pengunjung dijemput untuk meneroka, bersantai, dan menikmati setiap detik di bawah satu bumbung.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات