Hot Posts

6/recent/ticker-posts

“Saya Cintakan Negara Saya, Tapi Tidak Lagi Mengenalinya,” - Angelina Jolie


PELAKON dan pejuang hak asasi manusia terkenal dunia, Angelina Jolie, baru-baru ini meluahkan keresahannya tentang kebebasan bersuara di Amerika Syarikat (AS).

Pada
sidang media Festival Filem San Sebastián di Sepanyol hujung minggu lalu, Jolie yang hadir untuk mempromosikan filem terbaharunya, Couture, ditanya apakah perkara yang paling ditakutinya sebagai seorang artis dan sebagai rakyat Amerika.

Pertanyaan
itu membuat Jolie, 50, terdiam sejenak sebelum akhirnya memberi jawapan yang jujurDengan suara penuh keprihatinan, ibu kepada enam anak itu mengakui negara yang dicintai itu kini seolah-olah asing baginya.

“Saya cintakan negara saya, tetapi sekarang ini saya seperti tidak lagi mengenalinya,” luahnya.

Jolie
berkongsi bahawa dia telah terbiasa hidup dalam suasana antarabangsa di mana keluarganya bersifat global, rakan-rakannya datang dari pelbagai latar belakang, hidupnya juga bergerak dalam skala antarabangsa.

Bagi
pemenang Oscar itu lagi, pandangan dunia yang adil dan bersatu serta nilai antarabangsa adalah perkara yang sangat penting. Apa jua usaha yang memecah-belah atau mengehadkan kebebasan individu, termasuk ekspresi diri, adalah sangat berbahaya.

Situasi
Penuh Tekanan

Dalam
pada itu, Jolie menyatakan bahawa zaman sekarang bukan waktunya kita berkata-kata secara sambil lewa atau meremehkan isu-isu penting. Dia menganggap bahawa kita sedang hidup di masa yang penuh tekanan, di mana kebebasan bersuara dan kemampuan untuk menyuarakan pandangan mungkin terancam.

“Ini adalah zaman yang serius, kita tidak boleh berkata-kata secara sambil lewa. Kita semua sedang hidup di masa yang sangat berat," katanya.

Ucapan
dan tindakan yang mengehadkan ekspresi menyerlahkan perpecahan dalam masyarakat dan mencabar semangat demokrasi.

Isu
ini menjadi tumpuan ramai kerana baru-baru ini rancangan bual bicara larut malam Jimmy Kimmel Live! digantung oleh pihak ABC selepas kontroversi berkenaan komen mengenai respons terhadap kematian Charlie Kirk.

Tindakan
ini serta beberapa tekanan daripada pihak berkuasa terhadap media mencetuskan kebimbangan yang lebih besar tentang sejauh mana kebebasan bersuara masih dijamin di AS.

Menyentuh
tentang filem Couture, Jolie menyifatkan naskhah daripada pengarah Perancis, Alice Winocour itu sangat dekat dengan dirinya bukan sahaja dari segi profesional tetapi juga secara peribadi, kerana dia memahami bagaimana tekanan daripada masyarakat, politik, dan media boleh mempengaruhi identiti seseorang.

Dalam
filem tersebut, dia memegang watak Maxine Walker, seorang pengarah asal Amerika yang sedang berdepan konflik peribadi apabila berdepan perceraian, penyakit serius, serta dilema emosi berada di tengah hiruk-pikuk Paris Fashion Week. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات