Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Julai & Ogos Meriah di Warner Bros. Discovery - Daripada Kek Gergasi ke Jerung Laut Dalam!

| FOTO: Warner Bros. Discovery

BULAN Julai dan Ogos ini, Warner Bros. Discovery membawakan barisan rancangan hebat yang padat dengan hiburan, informasi dan aksi pelbagai genre, hanya di saluran kegemaran anda seperti TLC, Discovery Channel, HGTV dan AFN.

Antara yang paling dinanti, rancangan masakan berskala ekstrem, Super Mega Cakes yang akan bersiaran setiap Rabu (mulai 9 Julai), jam 9.55 malam di TLC. Rancangan ini menampilkan kek bersaiz luar biasa yang pasti memukau peminat dessert dan dunia seni pembuatan kek.

Kembali juga untuk musim ke-26, rancangan masakan popular, 5 Rencah 5 Rasa boleh ditonton setiap Rabu (mulai 2 Julai) jam 9 malam di AFN, pastinya menjadi pilihan peminat setia yang rindu resepi ringkas tapi lazat.

Sementara itu, peminat aksi lasak dan pencarian emas tidak boleh ketinggalan menonton Gold Rush: White Water musim kelapan, yang akan mula ditayangkan setiap Isnin bermula 14 Julai jam 8.05 malam di Discovery Channel.

Di HGTV pula, rancangan ubah suai rumah selebriti, Celebrity IOU musim kelima dan keenam akan menemui penonton setiap Sabtu (mulai 26 Julai), jam 10 malam, menjanjikan momen menyentuh hati dan kejutan yang mengujakan.

Ogos Dikuasai Jerung - Shark Week Kembali!

Ogos menandakan kemunculan kembali Shark Week yang ikonik, bermula dari 10 hingga 17 Ogos, jam 8.05 malam di Discovery Channel. Barisan program khas termasuk Dancing with Sharks yang menampilkan Tom Bergeron sebagai hos akan membawa penonton menyaksikan pertarungan tarian unik dan dramatik di dasar laut.

Turut ditayangkan, How to Survive a Shark Attack, In the Eye of the Storm: Shark Storm, Surviving Jaws, dan Expedition Unknown: Shark Files bersama Josh Gates yang menyelongkar kisah dan misteri jerung paling menggerunkan pernah direkodkan.

Untuk penggemar gaya hidup, Christina in the Country musim kedua bakal disiarkan di HGTV setiap Selasa (bermula 5 Ogos), jam 10 malam.

Di TLC pula, Match Me Abroad musim kedua kembali membawa pencarian cinta merentas sempadan yang akan bersiaran setiap Jumaat (bermula 15 Ogos), jam 9 malam.

Melengkapkan barisan menarik, rancangan kembara makanan Eat Roam Relish bakal ke udara setiap Khamis (bermula 21 Ogos), jam 9 malam di AFN, sesuai untuk penonton yang gemarkan gabungan travel dan sajian tempatan.

Dengan rangkaian program pelbagai genre, daripada makanan bersaiz gergasi ke misteri laut dalam, makeover rumah hinggalah kisah cinta global, Warner Bros. Discovery terus memperkukuh kedudukan sebagai destinasi hiburan pilihan sepanjang Julai dan Ogos ini.

Jadi jangan lupa tandakan kalendar dan nikmati tayangan eksklusif hanya di Discovery Channel, HGTV, TLC dan AFN. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments