Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Zaleha Hamid meninggal dunia


PENYANYI dangdut popular era 80-an, Zaleha Hamid, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sekitar jam 8 malam Khamis.

Allahyarham yang telah seminggu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru, menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.

Berita pemergian Zaleha disahkan oleh suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz.

"Arwah sudah seminggu dimasukkan ke hospital. Awal pagi, keadaannya masih okay, tetapi mula mengalami sesak nafas sebelah petang.

"Keadaannya mula nazak dan arwah menghembuskan nafas terakhir malam ini. Saya sempat mengajar arwah mengucap," katanya sebagaimana dilaporkan media.

Terdahulu, Zaleha dilaporkan terlantar sejak 2020 akibat angin ahmar selepas terjatuh di bilik air rumahnya.

Baru-baru ini, tahap kesihatannya kembali merosot berikutan kandungan kalsium berlebihan dalam otak sehingga menyebabkan kekejangan.

Penyanyi bersuara emas itu mula menceburi bidang seni suara sekitar tahun 1970-an dan aktif di Malaysia dan Singapura.

Ketika hayatnya, Allahyarham digelar sebagai Ratu Dangdut dan cukup popular dengan lagu-lagu seperti Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Jangan Segan-Segan, Nasib Janda, Jangan Kau Tangiskan, dan lain-lain.

Difahamkan, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kassim Nor, Sungai Danga, Johor Bahru.


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات