Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Istimewa buat peminat, Hael Husaini akhirnya tampil dengan konsert solo


HAEL Husaini bakal mengubah definisi sebuah konsert menerusi persembahan solo pertamanya yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2025.

Dinamakan Hael Husaini & Repertoire, konsert ini menjanjikan lebih daripada sekadar hiburan di mana ia bakal menyaksikan gabungan seni, fesyen, emosi dan muzik yang disusun rapi sebagai satu pengalaman ikonik.

Selepas memberi bayangan misteri dalam acara mini showcase Antonim Night di PJPAC pada 31 Mei lalu, pengumuman rasmi konsert ini akhirnya dibuat secara langsung di program Big Stage Alpha pada 1 Jun lalu, yang turut menyaksikan Hael dalam peranannya sebagai juri tetap.

Lebih menarik, konsert tersebut turut akan menyaksikan kemunculan beberapa artis jemputan istimewa. Penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah dan bintang sedang meningkat naik, Nadeera diumumkan terlebih dahulu sebagai rakan pentas.

“Saya dan Dayang telah melalui pelbagai fasa dalam kerjaya kami. Dia bukan sahaja seorang penyanyi yang saya kagumi, tetapi juga sahabat sejati.

"Sementara Nadeera pula adalah wajah masa depan muzik Malaysia. Saya sangat teruja untuk berkongsi pentas bersama mereka berdua,” kata Hael dengan penuh makna.

Terkini Hael mengesahkan kehadiran dua lagi nama popular iaitu Wany Hasrita dan Nabila Razali juga akan tampil di konsert tersebut.

Malam istimewa untuk dikenang

Bukan sebuah konsert tipikal, Hael Husaini & Repertoire dijangka membawa penonton menghayati perjalanan muzik Hael dari awal kemunculannya hingga kini.


Lengkap dengan susunan lagu baharu, persembahan visual sinematik, dan elemen fesyen eksklusif yang mencerminkan evolusi estetik dirinya.

“Saya ingin peminat yang hadir bukan hanya mendengar lagu, tetapi untuk merasai perjalanan, menyelami emosi, dan menyaksikan sisi kreatif saya yang sebenar, daripada muzik, visual hingga ke fesyen.

"Saya mahu mereka keluar dari Zepp dengan perasaan terinspirasi, puas, dan bangga menjadi sebahagian daripada malam itu nanti,” jelasnya.

Tiket konsert telah mula dijual pada harga RM120, RM148, RM168, RM258 dan RM588 (VIP Box), dan pembelian leh dibuat menerusi laman rasmi www.ticket2u.com.my- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments