Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Indonesia Open 2024: China sapu empat juara kategori


Oleh: SHAZAN ZAIDI

KEJOHANAN Badminton Terbuka Indonesia 2024 yang menyaksikan barisan pemain terbaik dunia beraksi untuk siri BWF World Tour super 1000 melabuhkan tirai dengan kemenangan besar diraih pasukan badminton China pada Ahad.

Acara yang berlangsung di Istora Bung Karno, Senayan, Jakarta itu menjadi saksi keunggulan barisan pemain China apabila berada di podium tertinggi sebagai juara untuk empat kategori iaitu Beregu Campuran, Perseorangan Wanita, Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki.

Bagi kategori Beregu Campuran, kedua-duanya adalah wakil dari China iaitu Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang mengalahkan senior mereka, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dengan 21-11, 21-14.

Sementara untuk Persorangan Wanita menyaksikan aksi perlawanan sengit daripada Chen Yu Fei, sebelum berjaya menundukkan pemain  ranking No. 1 dunia, An Se-young dari Korea Selatan.

Diikuti Shi Yu Qi yang mengatasi pemain dari Denmark, Anders Antonsen dengan mata 21-9, 12-21, 21-14 bagi Perseorangan Lelaki.

Kemenangan keempat pula menerusi pemain Beregu Lelaki, Liang Wei Keng-Wang Chang yang  berdepan pemain dari Malaysia, Man Wei Chong-Kai Wun Tee terpaksa berhempas pulas sebelum menokhtahkan kemenangan dengan 19-21, 21-16, 21-12.   

Meski tewas, pujian harus diberikan kepada Wei Chong-Wun Tee yang berjaya menampilkan permainan terbaik dan memberikan saingan padu kepada Beregu Lelaki No. 1 dunia itu. Ia juga merupakan pencapaian terbaik mereka pada kejohanan Super 1000.

Bagaimanapun, kategori Beregu Wanita menyaksikan wakil China iaitu Chen Qing Chen-Jia Yi Fan terpaksa tunduk kepada pasangan dari Korea Selatan, Baek Ha-na-Lee So-he menerusi mata 21-17, 21-13.

Usai kejohanan ini, barisan pemain yang layak akan mula memberi tumpuan kepada acara sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung pada 26 Julai -11 Ogos depan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


Senarai penuh pemenang 

Persorangan Lelaki
🥇Shi Yu Qi (China) - Rank No.1
🥈Anders Antonsen (Denmark) - Rank No.4


Persorangan Wanita
🥇 Chen Yu Fei (China) - Rank No.2
🥈 An Se Young (Korea Selatan) - Rank No.1


Beregu Campuran
🥇 Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin (China) - Rank No.5
🥈 Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China) - Rank No.1


Beregu Wanita
🥇 Baek Ha-na-Lee So-hee (Korea Selatan) - Rank No.2
🥈 Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (China) - Rank No.1


Beregu Lelaki
🥇 Liang Wei Keng-Wang Chang (China) - Rank No.1
🥈 Man Wei Chong-Kai Wun Tee (Malaysia) - Rank No.20

Post a Comment

0 Comments