Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Siaran serentak Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba Hashira Training Arc di Tonton, Tayangan Perdana Jepun



TONTON perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia, teruja untuk mengumumkan siaran serentak Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba Hashira Training Arc seiring dengan pelancarannya di Jepun.

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba telah menawan hati peminat anime di serata dunia dengan garapan jalan cerita yang menarik, watak yang dinamik dan animasi yang menakjubkan.

Susulan daripada kejayaan musim-musim yang lepas, Hashira Training Arc akan menerokai dunia pemburuan makhluk-makhluk jahat dengan lebih dalam, memaparkan cabaran-cabaran baharu dan perkembangan watak yang pasti membuatkan penonton terus berdebar dan tidak senang duduk untuk menonton musim terbaharu ini.

Bagi musim terbaharu ini, penonton akan menyaksikan Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya memulakan latihan yang mencabar di bawah bimbingan makhluk jahat elit yang dikenali sebagai Hashira. Ketika mengasah kemahiran mereka dan berhadapan dengan musuh, mereka perlu mengatasi masalah peribadi sendiri dan jalinkan ikatan yang kukuh antara sendiri supaya bersedia berhadapan dengan pertempuran sebenar.

Menerusi visual menakjubkan, aksi padu dan emosi mendalam, Hashira Training Arc bersedia untuk menawan hati penonton dan mengangkat Demon Slayer ke tahap lebih tinggi.

Hashira Training Arc akan memulakan siaran episod pertamanya di Tonton pada 13 Mei ini, jam 2 petang (waktu Malaysia), menandakan permulaan babak terbaharu dalam siri Demon Slayer.

Episod seterusnya akan disiarkan serentak pada setiap Isnin, waktu yang sama dengan Jepun, di mana peminat Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini pada masa nyata (real time).

Seiring siaran serentak Hashira Training Arc, peminat Malaysia dapat merasai keseronokan Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba pada masa nyata, menyelami penceritaan mengasyikkan dan animasi menakjubkan.

Selain siaran serentak, Tonton turut menawarkan pelbagai siri anime, termasuk Demon Slayer musim sebelum ini. Pelanggan boleh menikmati penstriman secara HD dengan pelbagai pilihan bahasa. - 7KLIK 


Post a Comment

0 Comments