Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Keindahan, keunikan seni bina Islam di Selangor jadi tarikan ramai


SELANGOR merupakan negeri yang unik dengan keseimbangan antara tradisi dan moden daripada seni bina, lokasi dan sejarah.

Ditengah-tengah bandar yang pesat, terdapat banyak bangunan Islam, monumen-monumen dan masjid yang megah telah terbina selama bertahun-tahun.

Berikut adalah lapan masjid dan monumen islam yang unikdan mencuri perhatian ramai di Selangor.


1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Di Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru, dianggap sebagai mercu tanda ikonik. Ia dibina antara tahun 1983 dan 1987 dan dirasmikan oleh Yang Mulia, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada tahun 1988.

Selain menjadi masjid terbesar di Malaysia, masjid yang megah ini memegang rekod Guinness World Record kerana mempunyai minaret tertinggi di dunia (tembok tinggi yang berdekatan dengan masjid) pada bulan Ogos 1993.

Seni bina yang menakjubkan ini adalah gabungan daripada tradisional dan moden dengan elemen reka bentuk Timur Tengah dan tradisional Malaysia. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan tarikan pelancong seperti galeri seni Islam, perpustakaan, kelas agama dan ruang seminar.

Selain itu, Masjid Biru juga boleh memuatkan sehingga 24,000 jemaah pada satu masa. Terdapat beberapa hotel empat bintang  berhampiran kompleks masjid seperti Hotel Concorde (17 minit) dan Hotel Mardhiyyah (15 minit) untuk pelancong yang ingin melawat dan meneroka keindahan Masjid Biru.


2. Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa, Shah Alam

Tidak jauh dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa terletak di tengah-tengah Warisan Seni Islam Selangor.

Tarikan ini mempunyai pameran kaligrafi Islam, seni bina, reka bentuk dalaman, lukisan dan manuskrip Al-Quran. Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa merupakan pusat kepada Yayasan Restu, sebuah organisasi bukan kerajaan bertujuan untuk menghidupkan semula, mengekalkan dan mempromosikan seni dan budaya Islam.

Yayasan Restu juga memfokuskan kepada pengeluaran dan ilustrasi karya seni berdasarkan reka bentuk Islam serta rekaan Al-Quran. Selain itu, Yayasan Restu merupakan yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan mushaf yang sepenuhnya ditulis menggunakan tangan dan mengadakan pameran di beberapa negara di seluruh dunia.

Lebih 10,000 objek, ilustrasi Islam dan warisan Malaysia boleh didapati di muzium dan galeri termasuk manuskrip asal al-Quran bernilai RM20 juta. Kompleks taman ini juga terletak dalam jarak berjalan kaki daripada Masjid Biru dan Tasik Shah Alam.


3. Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam adalah masjid negeri kedua Selangor selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Masjid yang indah ini dinamakan sempena Raja Permaisuri Agong Malaysia yang kedua, Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah Selangor.

Dengan unsur-unsur Malaysia pada reka bentuk dalaman Masjid, seni bina ini mempunyai kemiripan yang kuat dengan Al-Masjid Al-Haram di Makkah, Arab Saudi.

Masjid ini, yang boleh menampung sehingga 5,000 jemaah, terletak dalam persekitaran yang tenang di keliling tasik.

Selain itu, Masjid Tengku Ampuan Jemaah menawarkan beberapa kemudahan seperti bilik kuliah, bilik ilmiah yang boleh berkhidmat kepada lebih daripada 350 orang pada satu masa dan perpustakaan yang mempunyai sebanyak 3,500 salinan buku yang sesuai untuk pembaca dari semua peringkat umur.


4. Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya

Dikelilingi dengan kesesakan pusat bandar, Masjid Tun Abdul Aziz juga dikenali sebagai Masjid Bulat, merupakan salah satu masjid terbesar di bandar Petaling Jaya dan terkenal dengan reka bentuk yang unik.

Nama masjid ini diilhamkan dan dipilih untuk menghormati Menteri Besar keempat Selangor, Tun Abdul Aziz yang berkhidmat pada tahun 1955.

Dinding dalaman masjid dikelilingi oleh ukiran-ukiran corak Arab dan mempunyai seni bina moden. Masjid ini mempunyai tiga tingkat yang dapat memudahkan 3,600 jemaah-jemaah mencari tempat beribadah dengan selesa.

Kemudahan yang luas disediakan untuk jemaah daripada semua peringkat umur seperti bilik darjah, lif yang boleh diakses untuk warga emas dan OKU, kedai-kedai kecil, dan stesen bas.


5. Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Klang

Masjid Sultan Sulaiman terletak di Jalan Kota Jaya, Klang ini mempunyai sejarah yang unik di negeri Selangor kerana reka bentuk dalaman yang unik.

Masjid ini telah diukir pada tahun 1932 menggunakan 'bas-relief' di lukisan dinding. Dekorasi seni yang diguna dengan beberapa warna terang seperti merah dan kuning melambangkan warna bendera Selangor, manakala warna langit biru dan hijau, melambangkan kebiruan langit dan kehijauan flora Selangor.

Reka bentuk dalaman masjid pula terdapat kira-kira 70 'bas-relief' atau relief rendah, yang merupakan teknik yang membuat imej dan ukiran kelihatan 3D di permukaan kawasan dinding. Reka bentuk ini sangat penting dan unik kerana merupakan satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri ini.

Selain itu, antara ciri-ciri lain yang menarik adalah Tangga Diraja dari Istana Alam Shah dan Makan Diraja di mana Sultan Salahuddin yang telah mangkat dikebumikan.

Selain itu, pelancong juga boleh melawat tarikan-tarikan lain berhampiran masjid, seperti Istana Alam Shah (12 minit) dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (14 minit). Terdapat juga beberapa stesen bas untuk pengunjung dan pelawat yang ingin menggunakan pengangkutan awam.


6. Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang

Masjid Sultan Abdul Samad, juga dikenali sebagai Masjid KLIA, terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kuala Lumpur International Airport II (KLIA2).

Sejak dua lapangan terbang ini dibina, terdapat banyak kawasan perumahan baharu telah dibangunkan berhampiran dengan dua lapangan terbang ini untuk menyokong pentadbiran dan pengurusan kedua-dua lapangan terbang antarabangsa.

Masjid ini dinamakan Sultan Abdul Samad sebagai penghormatan kepada Sultan keempat Negeri Selangor pada tahun 1857. Masjid Sultan Abdul Samad terkenal dengan warna seni bina luaran hijau dan biru yang menarik perhatian pengunjung.

Di samping itu, bunga Kantan adalah bunga herbal tempatan yang diambil sebagai inspirasi bagi masjid ini. Reka bentuk masjid secara simbolik mewakili bintang Islam dan bulan sabit dan juga tingkap kaca klerestory menambah kecantikan kepada masjid ini.

Selain daripada itu, pada waktu malam dan ketika lampu dinyalakan, pantulan lampu di kubah masjid menyerupai bentuk lampu minyak yang menjadi tarikan bagi penonton dan pelancong.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk pelawat apabila melawat masjid ini seperti tempat letak kenderaan yang luas, kemudahan kerusi roda dan taman permainan untuk kanak-kanak dalam kawasan masjid. Movenpick Hotel (5 minit) dan Mitsui Outlet Park KLIA (25 minit) kedua-duanya juga terletak berhampiran dengan masjid.


7. Masjid Haji Fisabililah, Cyberjaya

Terletak di Cyberjaya, Masjid Raja Haji Fisabililah telah dibina dengan struktur yang akan menjadi inspirasi bagi perancangan dan pembinaan masjid-masjid di Malaysia di masa yang akan datang.

Dibina pada tahun 2015, masjid ini akan menjadi salah satu pusat ibadah yang pertama di dunia yang telah mendaftar dengan program Malaysia’s Feed in Tariff (FiT) dan menggunakan tenaga solar untuk menghasilkan elektrik.

Nama Masjid Cyberjaya telah diilhamkan oleh seorang perajurit Bugis, Raja Haji Fisabilillah, yang mengalahkan tentera Belanda di Melaka.

Dengan bahan yang boleh dikitar semula dan peralatan jimat tenaga, penggunaan tenaga dan kos operasi lebih rendah di masjid ini serta masjid ini juga mematuhu tahap penilaian tertinggi yang ditetapkan oleh Standard Green Building Index (GBI).

Selain itu, seni bentuk dalaman masjid juga mempunyai unsur-unsur seni dan reka bentuk tradisional Malaysia. Mikhrab dan minbar dicipta oleh tukang ukir tempatan bercorak geometrik arab, nama-nama Allah dan juga Nabi. Ukiran kayu ini melambangkan warisan Malaysia dan menghormati seni tradisional dan reka bentuk negara.

Sementara itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk menjamin keselesaan 8,300 jemaah dan pelawat seperti lif kaca, tangga dan laluan bergerak. Beberapa stesen bas terletak di sekeliling kawasan masjid bagi jemaah ataupun pelawat yang memilih untuk menaiki pengangkutan awam.


8. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Balai Cerap Selangor adalah pusat penyelidikan dan pembangunan astronomi di Sabak Bernam yang disediakan oleh Jabatan Mufti Selangor.

Melalui kerjasama pelbagai institusi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Penyelidikan dan Peta Malaysia (JUPEM), Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA), Universiti Malaysia (UM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Balai Cerap Selangor menjalankan aktiviti astronomi seperti melihat anak bulan, bintang, planet, buruj, komet atau meteor untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sebarang perubahan objek di langit yang boleh menjejaskan sistem langit.

Selain itu, Balai Cerap Selangor bertanggungjawab untuk melaksanakan cerapan Hilal Rasmi untuk Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah serta cerapan bulanan pada setiap tanggal 29 haribulan.

Balai Cerap Selangor juga menyediakan dan sentiasa menerima pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat dari segi pendidikan, latihan, dan penyebaran dakwah melalui kursus astronomi atau seminar sebagai usaha untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran.


Monumen dan masjid Islam di Selangor direka secara unik dengan meletakkan sorotan utama pada inklusiviti yang boleh diselami tanpa mengira agama dan bangsa.

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor; www.selangor.travel- 7KLIK

ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments