Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Antara jodoh dan kerjaya, Riena Diana dalam dilema


S
ETELAH tampil dengan lakonan berkesan menerusi watak antagonis drama Wanita Syurga yang baru sahaja bersiaran di TV3 baru-baru ini, pelakon Riena Diana kini muncul dengan karakter berbeza dalam drama terbaharu lakonannya.

Bintang yang namanya sedang meningkat naik itu bakal menghiburkan penonton menerusi drama bergenre romantik komedi, Helo Jodoh yang disiarkan di slot Lestary, pada setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam.

Menurut Riena Diana, drama arahan Azmi Mohd Hata itu adalah sebuah karya menarik dan dekat dengan kehidupan ramai gadis masa kini.

“Saya gembira membawakan watak sebagai Rita ini kerana ia seperti menggambarkan situasi sebenar kehidupan rata-rata gadis yang perlu berhadapan untuk membuat pilihan kehidupan berkaitan dengan jodoh dan kerjaya.

"Saya berharap agar drama terbaharu ini dapat memberikan hiburan kepada penonton dan dalam masa yang sama memberikan mereka pengajaran," ujarnya.

Selain Riena sebagai watak utama, drama bersiri 13 episod terbitan Orangetree Production itu menampilkan Syarul Ezani, Fendy Bakry, Shaza Bae, Enot, Esma Daniel, Shamsul Ghau Ghau, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.


Helo Jodoh mengisahkan tentang Rita (Riena Diana) yang bercita-cita untuk menjadi DJ Radio tetapi terpaksa menangguhkan impiannya, malah bekerja sebagai khidmat pelanggan untuk sebuah aplikasi ‘Helo Jodoh’.

Iskandar (Syarul Ezani) dan Rita telah disatukan dalam program mentor-mentee untuk membantu Rita mendalami pekerjaan baharunya. Mereka ditugaskan untuk membantu pengguna aplikasi tersebut yang berhadapan dengan masalah cinta.

Pada mulanya, Rita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dan kerenah manusia, sekali gus menambahkan lagi rempah ratus serta warna warna kehidupan Rita.

Apabila Rita baru sahaja hendak membuka langkah mengejar impiannya, muncul pula seorang gadis glamor dan cantik bernama Cassandra (Shaza Bae) yang juga mempunyai impian sama, sekali gus menjadi saingan kepadanya mengejar impian, cita-cita dan cinta yang sama.

Helo Jodoh juga boleh distrim di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. - 7KLIK



[KREDIT FOTO: TV3 - Terima Kasih Efendi Amir ]

Post a Comment

0 Comments