Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Encore Melaka cari bakat tempatan bagi Uji Bakat Terbuka untuk musim akan datang


SETELAH empat tahun operasi diberhentikan akibat pandemik, Encore Melaka, sebuah seni bina di Asia Tenggara yang mengagumkan dan mempunyai auditorium berputar 360 darjah yang pertama di rantau ini, kini mencari bakat seni persembahan sebagai persiapan musim baharu produksi teater bertaraf dunia.

Pertama kali dibuka pada Julai 2018, teater Encore Melaka yang berkapasiti 2,000 tempat duduk merupakan pentas persembahan luar negara yang pertama bagi Siri Impression dari China,  ditubuhkan pada 1998 oleh pengarah terkenal, Zhang Yimou, Fan Yue dan Wang Chaoge.

Produksi yang mendapat pujian tinggi itu menampilkan lebih 200 artis yang mempersembahkan persembahan berlatarbelakangkan pemandangan air dan pemetaan cahaya yang memukau, perlu ditonton untuk dirasai tarikannya.

Pengasas Encore Melaka, Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, selepas berjaya mengharungi cabaran pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya, pihaknya berasa bangga untuk kembali ke pentas semula.

"Dengan ketibaan semula pelancong dan Melaka sebagai destinasi popular yang kaya dengan budaya, kami teruja dalam mengalukan bakat tempatan baharu dan menyertai kami dalam mencipta produksi baharu.

"Kami menyediakan arena antarabangsa untuk artis tempatan untuk mempamerkan bakat mereka dan ia adalah sesuatu yang sangat dekat di hati kami.

"Kami percaya, bukan sahaja akan meningkatkan nilai artistik persembahan kami, tetapi juga menghidupkan semula misi kami dalam menyampaikan kisah-kisah kaya yang diilhamkan oleh warisan budaya Malaysia yang unik dan pelbagai,” ujarnya.


Bergabung tenaga dengan WYC Dance Studio dan Arts Centre (WYC) dalam menyediakan platfom kepada artis yang sudah berpengalaman mahupun masih baharu untuk mempamerkan bakat mereka, Encore Melaka teruja mengumumkan uji bakat terbuka pada Ahad, 26 Mei, bermula jam 2 petang hingga 5 petang.

Calon-calon yang berumur 18-30 tahun dan mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan, selain bersedia dengan satu minit persembahan untuk menunjukkan bakat, dijemput hadir ke uji bakat berkenaan.

Informasi lanjut boleh didapati engan melayari laman web rasmi Encore Melaka di https://encore-melaka.com/- 7KLIK



[KREDIT FOTO: Encore Melaka: Terima Kasih Afiqah Zaman]

Post a Comment

0 Comments