Met gala 2024: Gaya unggul, kreatif, pelik, lucu barisan selebriti di karpet merah


Oleh: AILEEN ADAM
ACARA fesyen yang sering dinantikan saban tahun, Met Gala berlangsung hangat dan meriah dengan kehadiran barisan selebriti terkenal dunia yang memperagakan pelbagai fesyen unggul daripada pereka tersohor dan rumah fesyen terkemuka.

Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York, Amerika Syarikat pada Isnin bukan sahaja terus menarik perhatian pencinta fesyen, tetapi juga pelbagai golongan termasuk netizen yang turut mengambil bahagian sebagai pemerhati di media sosial. 

Edisi kali ini mengangkat tema 'The Garden Of Time' dengan mengetengahkan elemen fesyen Sleeping Beauties: Reawakening Fashion. Ia merangkumi elemen bumi, udara dan air yang diterjemahkan mengikuti daya kreativiti fesyen unggul.

Difahamkan ilham tema berkenaan terinspirasi daripada sebuah cerita pendek dengan judul sama  yang ditulis novelis bernama J.G. Ballard pada tahun 1962. Sebuah kisah yang menceritakan tentang lelaki yang menghalang perusuh menghampiri istananya, memotong bunga ros dari tamannya untuk memperlahankan masa sehingga tiada bunga yang tinggal.

Acara fesyen Met Gala yang pertama kali diadakan pada 1948 itu menggariskan objektif untuk mengumpul  dana bagi Metropolitan Museum of Art's Costume Institute. Tiket untuk mereka yang menghadiri acara ini dikatakan berharga AS$75,000 (RM355,650) seorang, sementara untuk meja yang dibeli oleh syarikat korporat atau jenama pula mencecah sehingga AS$350,000 (RM1.6 juta).

Bagaimanapun kehadiran selebriti yang diundang atau terlibat dalam acara ini dibayar oleh jenama atau rumah fesyen yang diwakili. Bukan hanya selebriti, tetapi tetamu juga terdiri daripada sosialit dan tokoh-tokoh berpengaruh dunia dalam pelbagai bidang yang diwakili. 

Pun begitu, bukan semua orang yang boleh hadir ke acara ini, sebaliknya undangan hanya diberikan kepada individu-individu tertentu yang mempunyai pengaruh dan pemilihannya serta senarai tetamu ditentukan sendiri oleh Ketua Pengarang Vogue yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Muzium Seni Metropolitan, Anna Wintour.

Berbeza daripada acara fesyen lain, penganjuran Met Gala sangat mewah dan eksklusif, selain tetamu-tetamu dikehendaki mematuhi tema yang ditetapkan dalam pemilihan pakaian serta gaya mereka.

Para selebriti akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk memperagakan pakaian mewah dan unik, sekali gus menjadi sebutan dan sorotan dalam industri fesyen. Acara ini juga sering dipanggil 'Oscar'  dalam bidang fesyen di mana ia merupakan salah satu acara paling disorot oleh media setiap tahun.

Di sini kami kongsikan gaya dan penampilan menarik barisan selebriti yang melewati karpet merah pada acara gemilang itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: mendapat-sorotan-ramai-di-met-gala

[FOTO: Getty Images]


Zendaya (Maison Margiela by John Galliano & Vintage Givenchy by John Galliano)
Jennie Kim (Alaia by Pieter Mulier)
Jennifer Lopez (Schiaparelli)
Gigi Hadid (Thorm Browne)
Ariana Grande (Loewe)
Nicki Minaj (Marni)
Dua Lipa (Marc Jacobs)
Tyla Laura (Balmain)
Alia Bhatt (Sabyasachi)
Cardi B (Windowsen)
Nicole Kidman (Balenciaga)
Stray Kids - Bang Chan, Han, Felix, Seungmin, Hyunjin, I.N, Lee Know, Changbin (Tommy Hilfiger)
Camila Cabello (Ludovic de Saint Sernin), Sabrina Carpenter (Oscar de la Renta), Rosalia (Dior)
Tan Sri Michelle Yeoh (Demna by Balenciaga), Sydney Sweeney (Miu Miu), Karol G (Marc Jacobs)
Rebecca Hall (Danielle Frankel), Hannah Bagshawe (Steve O Smith) Charli XCX (Marni)
Gwendoline Christie (Maison Margiela by John Galliano), Lana Del Rey (Alexander McQueen), Adwoa Aboah (Custom H&M)
Lily James (Erdem), Sarah Jessica Parker (Richard Quinn), Greta Lee (Loewe)
Elizabeth Debicki (Dior), Cynthia Erivo (Thom Browne), Kim Kardashian (Maison Margiela by John Galliano)
Ayo Edebiri (Loewe), Penélope Cruz (Chanel), Naomi Campbell (Burberry)
Emma Chamberlain (Jean Paul Gaultier), Brie Larson (Prada), Amanda Seyfried (Prada)
Elle Fanning (Balmain), Kylie Jenner (Oscar de la Renta), Kendall Jenner (Vintage Givenchy)
FKA Twigs (Stella McCartney), Doja Cat (Vetements), Angel Reese (16Arlington)
Alton Mason (Thom Browne), Chris Hemsworth (Tom Ford), Bad Bunny (Maison Margiela)
Omar Apollo (Loewe), Nicholas Galitzine (Fendi), Mike Faist (Loewe)
Barry Keoghan (Burberry), Lil Nas X (Luar), Eddie Redmayne (Steve O Smith)
Josh O'Connor (Loewe), Cole Escola (Thom Browne), Stefon Diggs (Custom H&M)
Morgan Spector (Willy Chavarria), Usher (Alexander McQueen), Colman Domingo (Willy Chavarria)

Post a Comment

Previous Post Next Post