Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Seleksi rancangan Syawal Menyebar Keinsanan di TV AlHijrah



TV AlHijrah meraikan sambutan hari raya tahun ini dengan membawakan tema Syawal Menyebar Keinsanan.

Sebanyak 13 rancangan istimewa daripada pelbagai genre akan disajikan buat penonton di mana kesemuanya bermatlamat mengeratkan perhubungan manusia dengan Yang Esa dan perhubungan manusia sesama manusia sebagai pedoman penting di dalam memahami kehidupan yang hakiki.

Antaranya ialah Assalamualaikum Istimewa Syawal, Camca Syawal, Cinta Ilmu Raya Taranum Challenge Raya, Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie, Hijrah Berselawat dan Carta 114 Raya.

Diikuti filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Mimpi Ananda Raih Semesta, Suami Yang Menangis, 5 Penjuru Masjid, Tau-Tau Dah Raya dan Tau Tau Dah Raya Akademi Qurra’.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, TV AlHijrah akan terus menghidangkan rancangan-rancangan membaja nurani sepanjang sambutan Aidilfitri.

“Kejayaan siaran Ramadan tahun ini boleh dijadikan kayu ukur dalam mensasarkan kejayaan siaran di bulan Syawal. Data Nielsen Media Research mendedahkan jumlah tontonan TV AlHijrah sejak bersiaran awal Ramadan lalu sehingga separuh Ramadan meningkat 9 peratus berbanding tontonan sebelum bulan Ramadan, dengan jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta.

“Walaupun data tontonan dan rating menjadi sasaran setiap stesen namun untuk TV AlHijrah, kayu ukur yang lebih utama kepada kami adalah apabila dapat menyediakan program-program yang boleh menyemai nilai keimanan yang tinggi dan berterusan kepada penonton.

“Oleh itu, kita yakin pada bulan Syawal, TV AlHijrah akan sentiasa menjadi pilihan penonton untuk rancangan keagamaan, isu semasa, perbincangan seputar kehidupan dan gaya hidup masa kini,” ujarnya.


Senarai Rancangan Istimewa Syawal

Assalammulaikum Istimewa Syawal
(1-3 Syawal, 7 Pagi)

Hiasi pagi Aidilitri anda dengan program bual bicara pagi bersama Naufal Hatta, Farah Adeeba dan Amie Sofia dalam meraikan tetamu istimewa yang akan berkongsi kisah kemenangan Syawal dan ibrah yang diambil daripada Ramadan.

Camca Syawal
(1 Syawal, 5 Petang)

Bersama hos Ammar Mukhlis berkongsi tiga resipi hari raya yang akan dimasak bersama chef jemputan. Antara menu yang akan dihidangkan ialah Nasi Arab Citarasa Melayu sambil ditemani suasana kampung.

Taranum Challenge Raya 
(1 Syawal, 7.25 Malam)

Kapsul Taranum Challenge Raya menampilkan Ustaz Fahmi dan Tilmiz Fahmi sebagai hos pentaranum yang akan memperdengarkan pelbagai jenis alunan bacaan al-Quran secara battle bersama orang awam selama 22 episod.

Cinta Ilmu Raya
(Malam raya & 1 Syawal, 7.30 malam)

Cinta Ilmu Raya merupakan sebuah rancangan tazkirah agama yang berbentuk pengajian kitab yang bakal menarik minat penonton. Rancangan ini akan mengupas topik menarik berkaitan Islam, Iman dan Ihsan berpandukan kitab yang bersesuaian.

Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie
(2 Syawal, 6 petang)

Saksikan episod kemuncak drama bersiri arab Risalah Imam Al-Syafie yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang tokoh iman mujtahid masyhur iaitu Imam Al-Syafie yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam.

Hijrah Berselawat
(3 Syawal, 9 Malam)

Ayuh berselawat dan berqasidah bersama Ustaz Husaini Mahmur, InTeam, Raihan, Lah Ahmad, Azan Addin, Pot Amir dan Bob Yusof disertai tausiyah oleh Ustaz Jafri Mahmoodi. Bersama kita imarahkan Syawal ini dengan alunan selawat terindah di TV AlHijrah.

Carta 114 Raya
(13 April, 6.30 Petang)

Hari raya diserikan lagi dengan rancangan hiburan Islamik buat tatapan penonton dalam rancangan Carta 114 Raya. Rancangan ini disiarkan  pada setiap hari Sabtu bersama tetamu undangan InTeam, Ustaz Kahirul Anwar dan Mateen dalam episod khas Aidilfitri.

Filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
(1-2 Syawal, 10 Malam)

Mengisahkan tentang Azzam seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar yang berkerja keras menuntut ilmu sambil berusaha menyara keluarganya di kampung. Namun mengalami kesukaran dan ujian untuk memilki seorang gadis yang diminatinya. 

Filem Mimpi Ananda Raih Semesta 
(3 Syawal, 10 Malam)

Sekar Palupi, seorang gadis muda yang bercita-cita untuk melihat planet Marikh dari dekat. Ibunya, Tupon, juga berimpian untuk melihat anaknya mencapai impian tersebut. Dibintangi oleh Kinaryosih, Acha Septriasa, Teuku Rifnu Wikana, Cholidi Asadil Alam, dan Chelsea Riansy.

Filem Suami Yang Menangis
(4 Syawal, 10 Malam)

Diadaptasi daripada kisah nyata Ustaz Arifin Ilham, seorang ulama besar yang jatuh koma setelah dipatuk ular. Musibah tersebut menjadi titik awal perjalanan hidupnya sebagai insan yang taat kepada Tuhan. Memaparkan barisan pelakon Aryo Wahab sebagai watak utama, Betari Ayu, dan M. Alvin Faiz.

Filem 5 Penjuru Masjid
(5 Syawal, 10 Malam)

Kisah perjalanan lima anak muda yang dipertemukan di Masjid Al-Kautsar, termasuk Bewok, seorang samseng yang berubah setelah menjadi penjaga masjid. Budi, Abian, Usman, Lukman, dan Gani, saling berkongsi cerita dan bersama-sama berhijrah menjadi pemuda yang taat beribadah.

Jangan ketinggalan menyaksikan program-program menarik ini sepanjang Syawal di kaca televisyen dan aplikasi AlHijrah Plus. - 7KLIK



[KREDIT: TV Al-Hijrah]

Post a Comment

0 Comments