Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bunkface bawa emosi tulen, lirik ketuhanan dalam 'Hilang'



KUMPULAN punk rock sensasi, Bunkface, bersedia mencuri perhatian ramai sekali lagi dengan penghasilan single terbaharu, Hilang.

Single keempat daripada album terbaharu mereka telah dilancarkan pada 9 Februari lalu dan kini tersedia di semua platform streaming digital utama.

Menerusi vokal mantap dan instrumen yang dinamik daripada kumpulan yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Pa’an, mengakui single Hilang menjadi tambahan menarik dalam repertoar Bunkface. Kredit komposisi untuk single itu juga adalah milik bersama Bunkface dan Biak, Epul serta Ajam, manakala lirik oleh Sam.

“Tanpa Allah pasti hilang arah tuju kehidupan,” ujar Sam mengenai pesanan di sebalik lirik lagu yang boleh dikatakan berunsur ketuhanan itu.


Diterbitkan di bawah bendera Bunkface Production, single Hilang menandakan satu lagi capaian pengalaman dalam kerjaya gemilang kumpulan itu.

Peminat boleh menjangka keghairahan dan semangat yang menjadi ciri khas Bunkface dalam muzik mereka, apabila Hilang membawa pendengar dalam perjalanan melalui emosi yang tulen dan melodi memukau. - 7KLIK



[FOTO: Bunkface Production - Terima kasih Opie]

Post a Comment

0 Comments