Astro Radio, pilihan No.1 rakyat Malaysia


ASTRO Radio berterima kasih kepada semua pendengar di Malaysia atas sokongan mereka pada tahun 2023 terhadap jenama-jenama radio di bawah naungannya, merentasi bahasa dengan menjalankan kempen terbaharu, 'Ini Radio Anda' (This Is Your Radio).

Menurut Kajian Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2023 baru-baru ini, Astro Radio kekal sebagai jenama radio tempatan No.1 dengan kira-kira 16.0 juta pendengar mingguan, menerusi program yang menarik dan menghiburkan sebagai sebab utama kesetiaan pendengar.

Ketua Kandungan Radio Astro, Priya Dharshini, berkata, kempen tersebut menandakan pencapaian mereka selama setahun yang mampu dicapai dengan sokongan pendengar.

"Kami adalah nombor satu kerana pendengar, kami tidak akan berada di sini tanpa mereka,” katanya.

Astro Radio mengekalkan kedudukan nombor satunya selama lapan tahun (GfK Research dari 2016 sehingga kini) merentasi semua bahasa di mana ERA merupakan setesen No.1 jenama Melayu, Hitz FM (No.1 jenama Inggeris), MY (No.1 jenama Cina) dan RAAGA (No.1 jenama Tamil).

Jenama Melayu Astro Radio merekodkan 5.44 juta pendengar, Inggeris (2.53 juta), manakala jenama Cina (2.39 juta) dan Tamil (1.6 juta).

Astro Radio berharap dapat memberikan pengalaman baharu di sepanjang kempen ini, yang bermula pada bulan Disember. Keempat-empat jenama ERA, Hitz FM, MY, dan RAAGA akan menjalankan aktiviti dan peraduan selama sebulan.


Hitz FM
•HITZ Thank You, Next!
Menangi sebahagian RM10,000 hanya dengan menjadi peminat #1. Jadi pemanggil pertama selepas isyarat ke udara, jawab soalan tentang HITZ dan menangi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

•HITZ All I Want For Christmas Is..
Menangi hadiah Hitz FM Christmas Tree! Jadilah pemanggil pertama selepas isyarat ke udara, pilih dua hadiah yang ditawarkan dan salah satu bakal menjadi milik pemenang. Hadiah termasuk Nintendo Switch, PS5, iPhone, AirPods, baucar JD Sports dan banyak lagi.

ERA
•ERA-dani
Tebus RM100 dengan ERA! Daftar di laman web ERA dengan memasukkan slogan terbaik anda. Pendengar bertuah akan menerima panggilan daripada ERA dan peminat hanya perlu menyebut; 'ERA No.1.

•ERA: Carta No Syatuuuu!
Mulai 1 Januari 2024, ERA hanya akan memainkan lagu-lagu yang telah berjaya mencapai No.1 dalam Carta ERA.

MY
•MY Plays the Number 1 Hits
MY akan memainkan lagu No.1 termasuk lagu dalam bahasa Cina, Korea dan Inggeris untuk peminat dan pendengar.

•Christmas Gifts Exchange with MY Announcers
Personaliti  MY mempelawa peminat untuk menonton FB Live serta menjemput peminat bertuah untuk bertukar Hadiah Krismas dengan mereka. Peminat bertuah untuk memenangi iPhone 15 Pro Max.

•Join MY Announcer to On-Air
Pendengar muda MY boleh menikmati pengalaman eksklusif dengan menyertai personaliti MY ke udara selama dua jam.

RAAGA
•RAAGA Thank you Campaign!
Jadi pemanggil pertama dan kongsikan bersama personaliti RAAGA. 'Mengapa anda suka mendengar RAAGA' dan jawab soalan mudah tentang RAAGA. Peminat berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM200. - 7KLIK


Post a Comment

Previous Post Next Post