Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Julung kali digabungkan, Hero Dewi Remaja bakal beri impak berbeza

[FOTO: Astro]


BUAT julung kalinya program realiti Hero Remaja dan Dewi Remaja digabungkan serentak, sekali gus memberi pembaharuan buat jenama yang sudah mencecah 38 tahun usia penganjurannya.

Edisi terbaharu itu bakal menyaksikan 16 finalis yang akan berentap untuk merebut gelaran Hero Dewi Remaja 2023. Pemilihan finalis yang terdiri daripada lapan peserta lelaki dan lapan perempuan itu dilakukan dengan sangat teliti, malah mengambil kira potensi serta bakat yang mereka tonjolkan ketika proses uji bakat dijalankan.

Setiap daripada mereka memiliki keperibadian menarik dan berpotensi tinggi untuk dijulang  sebagai wajah baharu yang mewakili remaja Malaysia dalam industri hiburan tanah air mahupun lapangan lain yang mereka ingin ceburi.

Barisan finalis wanita terdiri daripada Arabella Ellen, 18, berasal dari Selangor; Nurelyana (21, Sarawak), Qistina Rania (22, Kelantan), Nur Azka Azimah (23, Sabah), Cora Waybin (23, Sabah), Nuramira (23, Selangor), Nur Adrina (24, Kelantan) dan Nur Amirah Afrina (24, Kedah).

Diikuti finalis lelaki iaitu Aariz Iskandar (18, Selangor), Tan Jia Song (21, Selangor), Mohd Al Hakim Khan (22, Selangor), Azri Safix (23, Kuala Lumpur), Che Aiman Ameer (23, Johor), Muhammad Fitri (24, Kuala Lumpur), Razin Qidran (24, Kuala Lumpur) dan Evertts McClane Gomes (25, Sabah).

Kesemua finalis dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Penganjuran uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 telah menerima penyertaan lebih daripada 850 peserta.

Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha AlYahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir menjadi juri tetap pada edisi Hero Remaja 2021.


Scha Alyahya - [FOTO: Astro]


Menurut Ketua bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv, Fiezreen Ahmad, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kelainan yang dipersembahkan buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran jenama tersebut.

“Hero Remaja dan Dewi Remaja merupakan sebuah legasi ulung yang dicetuskan oleh Majalah Remaja. Berevolusi dari dunia cetak ke dunia digital, dua pencarian ini terus berkembang seiring zaman. Sepanjang penganjurannya selama lebih 38 tahun, ramai permata industri seni dilahirkan. Antara generasi baharu pertandingan ini yang kini menjadi bualan hangat seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Anna Jobling, Shaza Bae, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Tracie Sinidol.

“Apa yang menarik, edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi. Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik. Diharapkan finalis tahun ini memberikan usaha mereka sepenuhnya dalam perjalanan bergelar juara," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari pula berkata, sebagai platform yang mampu melahirkan bakat baharu generasi muda, Astro Ria teruja untuk mempersembahkan Hero Dewi Remaja 2023.

"Gabungan dua jenama pencarian Hero dan Dewi terkemuka yang diterjemah ke dalam edisi terbaharu menerusi kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv ini. Selaku penyiar rasmi program realiti Hero Dewi Remaja 2023, kami ingin menampilkan pembaharuan yang bertepatan dengan golongan remaja masa kini, khususnya dengan memperkenalkan 16 Hero dan Dewi yang dipilih sebagai model peranan untuk menonjolkan bakat dan kebijaksanaan mereka kepada para penonton.

"Terdapat pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat telahpun disusun untuk menghiasi tugasan dan cabaran agar kami dapat mempersiapkan Hero dan Dewi ini dengan ilmu yang relevan dan boleh diterapkan di dalam kehidupan mereka.

"Pastinya, Hero dan Dewi ini bakal memikat hati penonton dan mengumpul kelompok peminat dengan bakat dan kebolehan mereka yang terpendam. Sebagai tambahan, Hero dan Dewi ini juga bakal menyerikan barisan selebriti-selebriti di bawah naungan Rocketfuel Entertainment," jelasnya.

Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan episod bermula 10 November ini, pada setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.

Pertandingan Hero Dewi Remaja 2023 merupakan kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan Astro Ria selaku penyiar rasmi. - 7KLIK


[KREDIT: Astro]

Aiman Ameer

Azri Safix

Evertts

Fitri

Hakim

Jay Iskandar

Jaysong

Razin Qidran


Adrina

Amira Rafik

Arabella

Azqa

Cora

Myra

Nurel

Qist

Post a Comment

0 Comments