Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kesuma Jiwa hangatkan malam minggu di Angkasapuri



IRAMA lagu-lagu klasik malar segar dan menggamit kenangan bakal berkumandang menghiburkan penonton menerusi program terbitan RTM, Hiburan Minggu Ini (HMI). 

Program yang menyatukan barisan artis baharu dan lama dengan tema Kesuma Jiwa itu akan berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media, 11 November ini.

Bersiaran secara langsung menerusi saluran TV2 dan penstriman langsung di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my), artis popular yang bakal membuat persembahan termasuklah Datuk Andre Goh, Datuk Yusni Hamid, Bob Yusof, Hael Husaini, Asmidar, Hisyam Rahim (juara Bintang Klasik 2023) dan Shazreen (juara Bintang Klasik 2019). 

Menarik HMI minggu ini turut menampilkan segmen Tribute To P.Ramlee yang mengimbau lagu-lagu nostalgia Allahyarham yang akan dinyanyikan kembali oleh artis terkenal tanah air.

Keseluruhannya 15 buah lagu bakal dipersembahan dalam program ini. Antaranya termasuklah lagu Bulan Di Ditutup Awan, Memikat Hati, Sejakku Bertemu Padamu, Gurindam Jiwa, Menanti Di Ambang Syurga, Tak Seindah Wajah, Fatwa Pujangga, Malam Membawa Kenangan, Mengapa Dirindu, Nak Dara Rindu, Gelora Jiwa, Dari Hati Ke Hati dan Kau Yang Ku Nanti.

HMI: Kesuma Jiwa menggandingkan hos Raja Azura dan Joey Daud. Tiket masuk adalah percuma. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments