Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GV10: Gagal ke pentas suku akhir, Noryn Aziz tersingkir



HASRAT Noryn Aziz untuk melangkah ke pentas suku akhir tidak menjadi kenyataan apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kesembilan All Star Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Noryn bersama teman duetnya, Dia Fadila, yang tampil menyampaikan lagu Tegar, nyanyian asal Rossa hanya memperoleh markah sebanyak 55.25 peratus (%), sekali gus berada berada di tangga terbawah.

Dalam pada itu, Jaclyn Victor yang dikhabarkan berdepan masalah kehilangan suara beberapa hari lalu, mendapat pujian daripada juri apabila berjaya memberikan persembahan mantap ketika menyampaikan lagu All I Ask bersama juara Big Stage 2023, Nadeera. Persembahan yang turut mencuri perhatian penonton itu mendapat markah tertinggi sebanyak 82.88%. 

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Penyanyi jemputan lain yang turut tampil membuat persembahan bersama para bintang pada minggu bertemakan duet 2.0 ini ialah Noraniza Idris, Amelina, Black Hanifah, Hazama, Shiha Zikir, Ara Johari, Putera Muhammad dan Zaki Yamani.

ASGV atau GV10 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK


Kedudukan dan markah peserta pada minggu kesembilan

1. Jaclyn Victor & Nadeera - All I Ask (82.88%)
2. Tomok - Black Hanifah - Tak Mungkin Berpaling (77%)
3. Hady Mirza & Shiha Zikir - Kamu Yang Kutunggu (73.25%)
4. Nikki Palikat & Ara Johari - Drama King (73.13%)
5. Liza Hanim & Noraniza Idris - Hati Kama (72.75%)
6. Naqiu & Hazama - Samar Bayangan (72%)
7. Siti Nordiana & Amelina - Teringin (63.13%)
8. Azharina & Putera Muhammad - Ku Tak Bisa (63%)
9. Aliff Aziz & Zaki Yamani - Jampi (62.75%)
10. Noryn Aziz & Dia Fadila - Tegar (55.25%) - TERSINGKIR

Post a Comment

0 Comments