Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Gandingan bintang Baharu, lama hangatkan konsert #IniBaruBintang2



KONSERT #IniBaruBintang2 yang menggabungkan penyanyi baharu dan lama yang bakatnya dicungkil daripada program terbitan RTM yang berlangsung Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.

Persembahan berdurasi dua jam itu menampilkan persembahan hebat daripada Datuk Jamal Abdillah, Salamiah Hassan, Datuk Andre Goh, Najib Hanif, Aqasha, Misha Omar, Azharina Azhar, Ernie Zakri, Ezad Lazim, Dewi Sariestha, Eylia Guntabid dan Syahz Mohamad.   

Kesemua lagu-lagu yang dipilih merupakan karya nostalgia sepanjang zaman dan pernah menaikan nama mereka dalam industri seni suara.

Datuk Jamal Abdillah tampil memukau dengan rangkaian lagu-lagu popularnya seperti Aku Penghibur, Penghujung Rindu, Kekasih Awal dan Akhir dan Gadis Melayu. Sementara itu, Syahz Mohamad dan Dewi Sariesta mengisi persembahan dengan lagu Chow Kit Road dan One Thousand Million Smile.

Bagi menggamit memori lagu-lagu malar segar, penonton turut dihidangkan dengan persembahan penyanyi yang popular pada era 1980-an, Najib Hanif dengan lagu medley berjudul Delilah dan She’s A Lady serta Biar Bulan Berbicara.   

Datuk Andrea Goh dan Eza Lazim pula menyampaikan lagu Melayu Asli, Joget Sayang Oh Sayang dan Lagu Zaman dengan iringan pemuzik Orkestra RTM.

Persembahan terus dihangatkan dengan penampilan Salamiah Hassan yang mendendangkan lagu If You Go Away iaitu lagu yang pernah dipersembahkan ketika menjuarai program Bakat TV. Penyanyi era 1970an itu turut berduet bersama Misha Omar yang merupakan finalis Bintang RTM 2001 dengan lagu berjudul Menghitung Hari. 

Mengambil-alih pentas, Misha Omar kemudiannya meneruskan persembahan dengan menyampaikan nyanyian medley lagu Bunga-Bunga Cinta dan Dedebu Cinta. Persembahan terus dihangatkan dengan penampilan Azharina Azhar menyampaikan lagu Rawan, sementara Ernie Zakri menerusi lagu Ku Bersuara. 

Tidak ketinggalan penyanyi Aqasha menghiburkan penonton dengan lagu popularnya, Embun dan medley Rahsia Pohon Cemara serta Langkah Seiringan oleh Ezad Lazim.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan duet oleh Dewi dan Aqasha dengan lagu One Sweet Day, manakala Azharina, Ernie dan Eylia Guntabid pula bergandingan menyanyikan lagu The Power Of Love dan I Will Always Love You.   

Konsert terbitan Unit Hiburan RTM itu dihoskan oleh Awal Ashaari dan Jeed Zulkefli. - 7KLIK   









Aqasha dan Dewi Seriestha

Eylia Guntabid



Najib Hanif 

Shahz Mohamad 

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dan Datuk Mohamad Fauzi MD Isa, Ketua Setiausaha KKD turut hadir.


Post a Comment

0 Comments