Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pencapaian istimewa Blackpink, ungguli Best Group Of The Year dI MTV VMA 2023



Oleh: AILEEN ADAM

KUMPULAN Blackpink terus melakar sejarah dalam kerjaya seni mereka apabila dinobatkan sebagai pemenang Group of The Year pada acara penganugerahan MTV Video Music Awards 2023 (VMA2023) yang berlangsung di Prudential Center di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat pada Selasa (12 September).

Kemenangan itu sekali gus memecah dominasi dalam kategori tersebut selepas 24 tahun tidak dimenangi kumpulan wanita. Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa menjadi artis Asia dan artis KPop berkumpulan wanita pertama yang memenangi kategori tersebut. Kali terakhir dimenangi TLC (1999).

Mereka menewaskan Fifty Fifty, FLO, Jonas Brothers, Maneskin, New Jeans, Seventeen dan Tomorrow x Together.

Kumpulan yang kini hangat mencipta pengaruh di peringkat global itu turut memenangi kategori Best Choreography menerusi lagu Pink Venom.

Turut tercalon dalam kategori tersebut ialah Dua Lipa (Dance The Night), Jonas Brothers (Waffle House), Megan Thee Stallion (Her),  Panic! At The Disco (Middle Of A Breakup) dan Sam Smith, Kim Petras (Unholy).

Bagaimanapun Blackpink tidak dapat hadir ke acara tersebut disebabkan sedang giat membuat persiapan untuk konsert finale Born Pink World Tour mereka yang dijadualkan berlangsung di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea Selatan pada 16 dan 17 September ini.

Ramai peminat mereka kecewa apabila tidak dapat menyaksikan Blackpink tampil di pentas menggenggam dan menjulang sendiri anugerah tersebut yang disifatkan sebagai cukup istimewa. Ditambah pula VMA 2023 turut menggunakan tema warna Black dan Pink bagi melatari kemeriahan acara itu.

Jennie mewakili Blackpink menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya, menzahirkan ucapan terima kasih atas penghargaan itu dan mengakui sedih tidak dapat hadir ke acara tersebut.
 
"Thank you for this award VMA. We're so sad we couldn't attend the VMA this year. We love you Blinks," 

 

VMA 2023 menyaksikan kumpulan asal Korea Selatan itu tercalon dalam enam kategori. Selain Group of the Year  dan Best Choreography, Blackpink turut dicalonkan dalam kategori Best KPop, Show of the Summer, Best Art Direction dan Best Editing.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 








Post a Comment

0 Comments