Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"ADIK KAKOK PAKAT MAGHI BELAKO", KARNIVAL JOM HEBOH BABA’s SINGGAH DI KELANTAN



SELEPAS menggegarkan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dengan lebih 300,000 pengunjung, kini Karnival Jom Heboh (KJH) BABA’s akan menawan negeri Kelantan.

KJH yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia akan berlangsung di RTC Tunjung, Kota Bharu selama tiga hari berturut-turut bermula pada 7 hingga 9 September 2023.

Kelantan merupakan lokasi ketiga bagi KJH dalam menyambut ulang tahunnya yang ke-20. Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan khas buat warga Pantai Timur.

Kemeriahan ini direncahkan lagi oleh BABA’s, produk rempah ratus terbesar di Malaysia, menerusi aktiviti ‘bekwoh’ (memasak gulai kawah). Sama seperti lokasi sebelum ini, BABA’S akan meneruskan pemberian 10,000 bungkusan makanan percuma kepada pengunjung yang hadir.

Karnival yang dibawakan oleh BABA’s ini turut menyediakan pelbagai aktiviti bersama pengunjung seperti demo masakan kari, aktiviti permainan untuk mendapatkan hadiah-hadiah misteri BABA's dan aktiviti info halal bersama BABA's bagi menghargai pengguna setia BABA’s.

Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan warisan tradisi kemelayuan. Seiring itu, Studio Tonton Drama Sangat bakal mengembalikan semula seni dikir barat dengan menganjurkan pertandingan dikir barat, pertandingan laungan azan dan pertandingan bercerita.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada anak tempatan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dan secara tidak langsung menampilkan seni budaya negeri Pantai Timur.

Keseronokan berterusan apabila Studio Tonton Drama Sangat bakal menampilkan barisan selebriti yang membintangi program-program popular di Tonton, TV3 dan TV9. Para pengunjung boleh bertemu dan meluangkan masa bersama selebriti seperti adalah Ashraf Muslim, Erma Fatimah, Izzue Islam, Mathni Razak, Mekyun, Nabil Aqil, Raja Atiq, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan barisan pendakwah selebriti daripada program Tanyalah Ustaz dan My Quran Time seperti Dai’ Aiman, Dai’ Azrin, Ustaz Fazrul dan Ustaz Tarmizi.

‘Maghi singgoh semeta’ ke acara kemuncak iaitu pada malam kedua dan ketiga (8 & 9 September) di mana pengunjung berpeluang berhibur dengan Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan penyanyi popular tanah air yang seperti  Azzam Shah, Ameng Spring, Ariff Bahran, Aepul Roza, Aiman Tino, Yamani Abdullah, Irfan Harris, Nizam Laksamana, Khai Bahar, Syafiq Farhain, Lan Solo, Rahmad Mega dan Naqiu.

Post a Comment

0 Comments