[KREDIT FOTO: Awani] |
[KREDIT - ASTRO AWANI: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/10-disah-maut-dalam-nahas-pesawat-terhempas-di-elmina-kp-selangor-433310]
SHAH ALAM: Semua penumpang dan kru sebuah pesawat yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam disahkan terkorban.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat ia terhempas.
Katanya, pesawat jenis jet peribadi tersebut mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun dua minit sebelum mendarat, ia terhempas.
“Jumlah kru kapal adalah dua orang, manakala penumpang adalah enam orang.“Dua minit sebelum pesawat Itu mendarat, ia hilang kawalan dan terhempas atas motosikal dan kenderaan di jalan raya,” ujarnya dalam sidang media di sini, hari ini.Jelasnya lagi, tiada panggilan kecemasan diterima oleh menara kawalan daripada pesawat tersebut sebelum terhempas.Mengulas lanjut, difahamkan usia mangsa nahas adalah dalam lingkungan 40-an hingga 50-an. Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum terhempas.
[KREDIT - ASTRO AWANI: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/10-disah-maut-dalam-nahas-pesawat-terhempas-di-elmina-kp-selangor-433310]
0 Comments