Padu! Podium juara setiap kategori ditawan semua pemain ranking No.1 dunia


PETRONAS
Malaysia Open 2023 menjadi gelanggang unggulan semua pemain terbaik dunia memulakan langkah pertama mereka untuk siri BWF World Tour 2023.


Berlangsung di lokasi keramat, Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10-15 Januari, jelajah super 1000 ini meraih perhatian luar biasa daripada penonton dan peminat badminton seluruh dunia.

Kejohanan super 1000 ini menyaksikan persaingan cukup sengit apabila penyertaan pemain hanya melibatkan mereka yang berada pada ranking 1-32 terbaik dunia.

Tahniah kepada barisan pemain Malaysia yang turut layak beraksi di kejohanan ini. Terutama kepada Chen Tang Jie/Toh Ee Wei bagi kategori Mixed Doubles dan Ong Yew Sin/Teo Eei Yi (Men's Doubles) yang berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Pemain lain yang turut beraksi ialah Pearly Tan/Thinaah Muralitharan dan Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (Women's Doubles), Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Goh Tze Fei/Nur Izzuddin dan Man Wei Chong/Tee Kai Wun (Men's Doubles).

Diikuti Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soon Huat/Shevon Jamie Lai dan Hong Pang Ron/Teo Mei Xing (Mixed Doubles), Lee Zii Jia, Ng Tze Yong dan Liew Darren (Men's Single) serta Goh Jin Wei (Women's Single).

Namun paling mencuri tumpuan semestinya gandingan kembali pasangan beregu campuran profesional kesayangan ramai, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon setelah berpisah sejak setahun lalu. 

PMO2023 menjadi penampilan terakhir gandingan yang telah banyak mengharumkan nama negara ini, apabila Goh Liu Ying rasmi mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton. 

Bagaimanapun Peng Soon masih meneruskan perjuangannya memburu tempat di Olimpik Paris 2024 dengan gandingan baharunya, Cheah Yee See.

Biarpun tewas di pusingan pertama kepada pasangan Indonesia, Rehan Kusharjanto/Lisa Kusumawati dengan tiga set, 21-18, 15-21 dan 7-21, Liu Ying dan Peng Soon tetap berpuas hati dengan persembahan akhir mereka.

Selamat bersara Liu Ying! Jasa dan pengorbanan anda mengharumkan nama negara, tetap dikenang selamanya. Satu-satunya pemain wanita negara yang memiliki pingat di sukan Olimpik. The queen, the real fighter! - 7KLIK



Senarai penuh pemenang-pemenang mengikut acara/kategori:


Men's Singles
🥇Viktor Axelson (Denmark) - Rank: No.1
🥈Kodai Naraoka (Jepun) - Rank: No.6



Women's Singles
🥇 Akane Yamaguchi (Jepun) - Rank: No.1
🥈 Ang Se Young (Korea Selatan) - Rank: No.4



Mixed Doubles
🥇 Zheng Si Wei & Huang Ya Qiong (China) - Rank: No.1
🥈Yuta Watanabe & Arisa Higashino (Jepun) - Rank: No.3



Women's Doubles
🥇 Chen Qing Chen & Jia Yi Fan (China) - Rank: No.1
🥈 Baek Hana & Lee Yu Lim (Korea) - Rank: No.15



Men's Doubles
🥇 Fajar Alfian & Rian Ardianto (Indonesia) - Rank: No.1
🥈 Liang Wei Keng & Wang Chang (China) - Rank: No.11














Post a Comment

Previous Post Next Post