Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Victor Axelson, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong kekal di podium juara


BWF
 World Tour Finals 2022 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan perjuangan dan kemaraan pemain-pemain badminton terhebat di dunia.

Sepanjang kejohanan berlangsung bermula 7 hingga 11 Disember di Nimibutr Arena Bangkok, Thailand, masing-masing telah berusaha memberi yang terbaik, sekali gus menutup siri jelajah untuk tahun 2022.

World Tour Finals merupakan kejohanan penutup tirai bagi siri jelajah dunia BWF saban tahun yang menyaksikan hanya lapan pemain bagi setiap kategori yang berjaya mengumpul mata terbanyak (hanya dua wakil bagi setiap negara) dalam setiap kejohanan yang disertai sepanjang tahun ini.

Tahniah kepada barisan pemain Malaysia yang turut layak beraksi di kejohanan ini. Tahniah kepada Tan Kian Meng/Lai Pei Jing bagi kategori Mixed Doubles dan Ong Yew Sin/Teo Eei Yi (Men's Doubles) yang berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pemain lain yang turut beraksi ialah Pearly Tan/Thinaah Muralitharan dan Vivian Hoo/Lim Chiew Sien  (Women's Doubles), Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Men's Doubles) dan Goh Soon Huat/Shevon Jamie Lai (Mixed Doubles).


Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang mengikut acara/kategori.




Men's Singles
🥇Viktor Axelson 🇩🇰 (Denmark)
🥈Anthony Sinisuka Ginting 🇮🇩 (Indonesia)





Women's Singles
🥇 Akane Yamaguchi 🇯🇵 (Jepun)
🥈Tai Tzu Ying (Chinese Taipei)





Mixed Doubles
🥇 Zheng Si Wei & Huang Ya Qiong 🇨🇳 (China)
🥈Dechapol Puavaranukroh & Sapsiree Taerattanachai 🇹🇭 (Thailand)





Women's Doubles
🥇 Chen Qing Chen & Jia Yi Fan 🇨🇳 (China)
🥈 Benyapa Aimsaard & Nuntakarn Aimsaard 🇹🇭 (Thailand)





Men's Doubles
🥇 Liu Yu Chen & Ou Xuan Yi 🇨🇳 (China)
🥈 Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan 🇮🇩 (Indonesia)


Siri jelajah dunia BWF tahun 2023 akan mula membuka tirai menerusi kejohanan di Malaysia Open yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 hingga 15 January depan. 

Post a Comment

0 Comments