VIU MALAYSIA MENANG LAPAN ANUGERAH ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS 2022

 

VIU perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka oleh PCCW, telah memenangi beberapa anugerah di Asian Academy Creative Awards (AACA) yang telah diumumkan pada 30 September.

Bagi Viu Malaysia, drama Viu Original Ganjil merupakan pemenang terbesar, meraih empat anugerah termasuk Pemenang Peringkat Nasional, Drama Terbaik (Malaysia) 2022.

Dua lagi drama Viu Original Malaysia iaitu She Was Pretty dan Seribu Nina, masing-masing meraih dua anugerah.

Drama Viu Original She Was Pretty telah meraih Pemenang Peringkat Nasional Persembahan Komedi Terbaik (Malaysia) bagi lakonan Diana Danielle sebagai watak utama siri tersebut. Selain itu, drama Viu Original Seribu Nina pula telah meraih anugerah Pemenang Peringkat Nasional Program Original oleh Platform Penstriman/OTT Terbaik (Malaysia).


Senarai lengkap anugerah-anugerah yang dimenangi oleh Viu Malaysia di AACA 2022

Sinematografi Terbaik (Malaysia)
Irwan Munir (Ganjil - Viu/Razor’s Edge Pictures)

Persembahan Komedi Terbaik (Malaysia)
Diana Danielle (She Was Pretty - Viu/Independent Pictures)

Arahan Terbaik - Fiksyen (Malaysia)
Yusry Abdul Halim (Ganjil - Viu/Razor’s Edge Pictures)

Siri Drama Terbaik (Malaysia)
Ganjil (Viu/Razor’s Edge Pictures)

Program Original oleh Platform Penstriman/POTT Terbaik (Malaysia)
Seribu Nina (Viu/Infinitus Ventures)

Lakon Layar Terbaik (Malaysia)
Nazri Vovinski, June Tan, Azhar Amirulhisyam (Seribu Nina - Viu/Infinitus Pictures)

Lagu Tema Terbaik (Malaysia)
Bintang by Amylea and Bajai (She Was Pretty - Viu/Independent Pictures)

Visual atau FX Khas Dalam Siri TV atau Filem Cereka Terbaik (Malaysia)
Ganjil (Viu/Razor’s Edge Pictures)

Post a Comment

Previous Post Next Post