Hot Posts

6/recent/ticker-posts

How Do They Do It, dokumentari keajaiban kejuruteraan membentuk dunia moden



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa peka dalam membuat pilihan tayangan dokumentari-dokumentari penuh info pengetahuan untuk penonton setia salurannya. Apatah lagi berkaitan dengan keajaiban kejuruteraan dan saintifik membentuk dunia moden hari ini.

Terbaru RTM tampil dengan dokumentari bertajuk How Do They Do It mengisi slot Special On 1 mulai 13 Oktober ini, setiap Selasa hingga Jumaat, jam 11.30 malam di TV1. Dokumentari 40 episod ini mengetengahkan banyak info bermanfaat yang dapat menambah pengetahuan dikongsikan sepanjang 30 minit siarannya.

Ia turut menjawab persoalan bagaimana penghasilan barangan moden daripada proses kejuruteraan canggih yang membantu dan memudahkan manusia menjalani rutin kehidupan seharian.

Menerusi tajuk Peppermint Oil, Tennis Rackets, Desalination, penonton dibawa meneroka bagaimana satu keluarga di Amerika menghasilkan tiga perempat daripada minyak pudina dunia. Juga, diperlihatkan kepada raket tenis yang canggih dan dapat meningkatkan prestasi penggunanya.

Menarik dalam episod Surfboards, Satchels, Butter pula memaparkan tentang fakta sekitar lebih kurang 35 juta orang suka melakukan aktiviti meluncur. Episod ini melihat bagaimana mereka membuat papan yang sempurna untuk menangkap ombak. Selain itu, meneroka bagaimana penduduk dunia menggunakan 10 juta tan mentega dalam makanan setiap tahun.

Sementara itu dalam tajuk Horse Air Transport, Chess Sets, Food Photography mengetengahkan tentang kuda lumba teratas diberi layanan VIP untuk mendapatkan pemilik baharu mereka, bagaimanakah ia diangkut? Selain itu, apakah kaedah kreatif yang mereka gunakan untuk mengambil gambar makanan?

Bagaimanakah mereka menghasilkan sejuta tan keluli tahan karat? Bagaimanakah mereka menyimpan wang tunai dengan selamat dengan kunci yang tidak boleh retak? Bagaimanakah mereka membuat gula tradisional India? Perkongsiannya dalam tajuk Stainless Steel, Safe Locks, Indian Sugar.

Persoalan bagaimanakah cara membina salah satu kereta mewah paling eksklusif di dunia? Bagaimana mereka membuat wisel pengadil yang boleh didengari melebihi 50,000 peminat yang menjerit? Diikuti dalam episod Bufori Cars, Sport Whistles, Spanish Paprika.

Tajuk Pile Drivers, Cricket Bats, Folding Handheld Fans pula tentang bagaimanakah mereka mengubah pokok willow Inggeris menjadi kriket untuk pemain kriket terbaik India? Dan, bagaimana mereka membina asas untuk bangunan tinggi?

Seterusnya dalam RV Motorhomes, Chupa Chups, Ballet Shoes tentang bagaimana menyesuaikan semua ciri pangsapuri mewah ke dalam rumah bermotor? Dan, bagaimana mereka membuat kasut balet yang boleh mengambil berat seorang penari.

Ikuti juga tajuk Mushroom Farming, Map Making, Medical Gloves fokus kepada bagaimanakah mereka menanam hampir 200,000 tan cendawan setahun di ibu kota cendawan dunia? Dan, bagaimana mereka membuat berbilion-bilion sarung tangan menyelamatkan nyawa?

Juga tajuk Basmati Microwave Rice, Mechanical Birds, British Life Guards Uniforms di mana beribu-ribu tan beras basmati bertukar menjadi berjuta-juta makanan yang boleh di microwave. Selain itu, lihat cara membuat burung nyanyian mekanikal. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments