Anchor Food Professionals pelawa warga Malaysia untuk sebarkan bibit riang, kasih dengan makanan


SEBELUM tahun 2022 melabuhkan tirainya, Anchor Food Professionals memperkenalkan sekali lagi kempen nasionalnya, Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love, yang akan bermula pada tanggal 1 Oktober 2022 bagi meraikan cinta kita terhadap makanan dengan seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi kempen ini, Anchor Food Professionals ingin menggalakkan orang ramai merebut peluang untuk bukan sahaja memuaskan selera diri sendiri, tapi juga orang di sekeliling mereka.

Hati kita dapat diisi dengan keriangan melalui detik-detik bermakna yang kita kongsi bersama, dan cara yang paling sempurna untuk berkongsi detik-detik ini adalah dengan menikmati aneka juadah, snek, pencuci mulut, dan minuman yang diperbuat daripada produk tenusu Anchor!

Disertai lebih daripada 800 buah restoran, bakeri, dan kafe di seluruh negara, pasti ada sesuatu yang dapat menggamit selera anda.

Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia menyatakan;

“Anchor Food Professionals bukanlah sekadar pembekal produk tenusu bertaraf dunia. Kami bekerja secara rapat dengan pelanggan-pelanggan kami untuk membawakan produk tenusu semula jadi yang berkualiti tinggi, kerana cita kami adalah untuk menyuntik keriangan melalui apa jua makanan dan minuman yang dihidangkan. Menerusi kempen Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love, kami ingin mempelawa warga Malaysia untuk meraikan sesuatu yang sinonim dengan kita – cinta ke atas makanan yang lazat.”

Kempen Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love oleh Anchor Food Professionals akan dijalankan dalam 3 fasa. Fasa yang pertama ialah peraduan nasional yang akan mengambil tempat dari 1 Oktober 2022 hingga 30 November 2022 yang menggalakkan warga Malaysia untuk meraikan sesama kita dan aneka juadah tenusu dibuat menggunakan produk Anchor yang boleh dibeli dari outlet-outlet yang terlibat.

Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia juga dapat berkongsi keriangan dan keihsanan dengan golongan yang memerlukan lalu berpeluang memenangi hadiah berupa makanan yang bernilai lebih daripada RM50,000 hanya dengan menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka!

Bagi setiap penyertaan yang diterima dalam peraduan ini, Anchor Food Professionals akan menyumbang RM1 ke dalam tabung bantuan makanan yang akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Peserta boleh mengambil bahagian dalam peraduan ini  dengan cara yang mudah seperti berikut:

1. Kunjungi outlet F&B yang terlibat. Untuk senarai lengkap, sila layari laman sesawang peraduan ini di https://bit.ly/AFPSpreadJoy-SpreadLove .

2. Beli makanan dan minuman yang terpilih dibuat menggunakan produk Anchor Dairy.

3. Imbas kod QR yang disediakan di premis atau pelekat bungkusan makanan oleh restoran, bakeri, dan kafe yang terlibat untuk melawat laman sesawang rasmi peraduan tersebut.

4. Hantar gambar resit melalui WhatsApp dengan mengetik butang 'Upload Receipt Here!' di laman sesawang rasmi peraduan tersebut.


Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan kempen Anchor Legendairy Spread Joy, Spread Love, sila layari laman sesawang kempen tersebut di https://bit.ly/AFPSpreadJoy-SpreadLove atau laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals di www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY.

Post a Comment

Previous Post Next Post