12 Jaguh Sukan Negara dalam dokumentari khas Hari Kebangsaan di RTM


PRESTASI
ditonjolkan setiap atlet negara sememangnya membanggakan setiap daripada kita yang bergelar warga Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan membangkitkan semangat patriotik cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Ternyata sukan mampu menyatukan Keluarga Malaysia dalam memberi sokongan padu kepada atlet-atlet yang berjuang demi negara di arena sukan antarabangsa. Paling utama kisah kejayaan jaguh sukan negara dijadikan pencetus inspirasi buat pelapis-pelapis baharu dalam meraih kejayaan dalam bidang masing-masing.

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Sukan RTM, (MyFreeview 111) menyiarkan dokumentari khas bertajuk Jaguh Sukan Negara disiarkan enam hari berturut-turut bermula 25 hingga 30 Ogos ini, pukul 10.30 malam.

Seramai 12 orang jaguh sukan negara dikongsikan perjalanan kisah perjalanan hidup, kejayaan dan peristiwa hitam dilalui atlet kebanggaan negara yang pernah mengungguli arena sukan sekitar 1960 sehingga 1990.   

Setiap dari mereka telah mengharungi berbagai-bagai rintangan untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam sukan.

Dokumentari khas ini memaparkan tentang bagaimana mereka mengatasi cabaran besar, kemiskinan, kemunduran pada peringkat awal penglibatan mereka, bahkan tragedi peribadi yang dialami pada masa itu untuk menjadikan Malaysia yang baru merdeka sebagai negara sukan terkenal di dunia.

Setiap episod memaparkan dua orang jaguh sukan negara untuk berkongsikan penceritaan mereka melalui temubual, imbasan semula dan gambar.

Jaguh Renang (25 Ogos 2022)

Episod ini menampilkan dua legenda atlet renang negara iaitu Nurul Huda Abdullah dan Jeffrey Ong yang telah memenangi 45 pingat antarabangsa kedua mereka sepanjang karier mereka. Nurul Huda pernah menjadi Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali (1985–1989) dan memenangi pingat terbanyak iaitu sebanyak 22 pingat emas.

Sementara Jeffrey Ong pula pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1988 dan menjuarai Piala Dunia di Perth, Australia pada 1990.


Jaguh Bola Sepak (26 Ogos 2022)

Pada 45 tahun lalu, pasukan Bola Sepak Malaysia pernah digelar Harimau Asia dengan mengalahkan pasukan dari Jepun dan Korea Selatan. Pasukan ini juga pernah menjuarai Merdeka Tournament serta King’s Cup Thailand.

Menariknya Pasukan Bola Sepak Malaysia juga pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972 memaparkan kisah kejayaan pasukan bola sepak sekitar 1970-an yang dipimpin oleh kapten pasukan Datuk Namat Abdullah dan jurulatih Datuk M. Kuppan.


Jaguh Athletics (27 Ogos 2022)

Dua orang ratu sukan trek iaitu Mumtaz Jaffar dan G. Shanti yang pernah mengungguli acara olahraga sekitar tahun 1990. Mumtaz Jaffar yang juga merupakan penghidap penyakit asma telah dinobatkan sebagai Olahragawati Terpantas Malaysia setelah memenangi acara larian 100m di Sukan SEA 1981.

Sementara G. Shanti pula pernah dinobatkan sebagai ratu pecut Malaysia pada tahun 1990. Kejayaan terbesar beliau memenangi pingat emas di SEA 1997.


Jaguh Hoki (28 Ogos 2022)

Episod ini menonjolkan tentang kehebatan pasukan hoki kebangsaan negara pada tahun 1970-an dan 1980-an. Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 1975 dan menduduki tempat keempat iaitu keputusan terbaik sehingga hari ini.

Ikuti karier dua pemain utama hoki nasional iaitu M. Mahendran dan Ow Soon Kooi bagi mengetahui bagaimana mereka cemerlang dalam sukan dan mengetahui lebih lanjut mengenai penyatuan semangat Malaysia.

M. Mahendran merupakan pemain hoki bagi pasukan terkenal Piala Dunia 1975. Inspirasi Ow Soon Kooi yang gagal dalam peperiksaan MCE hanya kerana dia terlalu meminati sukan hoki namun beliau bangkit dan terpilih bermain dalam dua Sukan Olimpik dan tiga pusingan Akhir Piala Dunia.


Jaguh Lumba Basikal (29 Ogos 2022)

Malaysia memenangi pingat pertama bagi acara berbasikal Olimpik pada tahun 2016 dan dianugerahi gelaran Kejuaraan Dunia pertama pada tahun 2017. Namun perjalanan menuju kemenangan kepada jaguh jaguh yang berjaya telah bermula lebih daripada 50 tahun yang lalu.

Episod ini memfokuskan kepada dua penunggang basikal negara yang meletakkan Malaysia di peta berbasikal dunia pada tahun 1970-an. Ng Joo Ngan merupakan ikon berbasikal kebangsaan dan  Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1970 iaitu Daud Ibrahim menjadi juara Asia dan ikon berbasikal kebangsaan pada tahun 1970-an.


Jaguh Badminton (30 Ogos 2022)

Malaysia telah terkenal di dunia badminton selama 70 tahun. Malaysia telah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali sejak 1949. Beberapa pingat dalam Sukan Olimpik, dan menghasilkan ramai pemain badminton terkenal di dunia.

Episod ini menampilkan dua juara yang mencipta nama untuk pasukan badminton wanita Malaysia pada tahun 1960-an dan 1970-an dan rekod mereka masih belum disaingi lebih dari 50 tahun. Datuk Rosalind Singha Ang adalah juara wanita pertama Malaysia perseorangan di Sukan SEA pada tahun 1965 dan merupakan Kapten kebangsaan pasukan badminton wanita.

Seterusnya mengenali Sylvia Ng berasal dari keluarga pemain badminton yang memenangi perseorangan, beregu dan beregu wanita hingga tahun 1970-an. Beliau merupakan satu-satunya Juara Wanita perseorangan Malaysia bagi Sukan Komanwel dan Kebangsaan serta Olahragawati dua kali - 1975 dan 1977.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]









Post a Comment

Previous Post Next Post