Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kopetro terima Anugerah Koperasi ke-5 Terbaik di Malaysia



KOPERASI Kakitangan PETRONAS BERHAD (Kopetro), telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan, bertempat di Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan lagi ukhwah dan juga hubungan kerjasama dua hala antara Kopetro dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam membangunkan industri koperasi di Malaysia.

Menurut Pengerusi Kopetro, Khairu NajhanZainuddin, pihaknya amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jaafar Ahmad dalam kunjungan yang telah diadakan itu.

Antara fokus utama perbincangan semasa kunjungan adalah pendedahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Kopetro mengenai sektor-sektor perniagaan yang yang boleh dijalankan pihak koperasi dalam keadaan ekonomi semasa.

Dalam masa yang sama, Kopetro telah menerima Anugerah 100 Koperasi Terbaik di Malaysia yang meletakkan Kopetro sebagai koperasi kelima terbaik di Malaysia bagi tahun 2020 yang disampaikan oleh Jaafar Ahmad.

Turut hadir pada sesi penyerahan anugerah adalah Setiausaha Kopetro, Abul Razak Hussain, dan juga Bendahari Kopetro, Adam Keling.

Upacara penyampaian anugerah dilakukan dalam tatacara serba ringkas dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan pihak kerajaan. - 7KLIK 


[KREDIT: Kopetro]

Post a Comment

0 Comments