Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kopetro Travel tawar pakej penginapan bagi penerima lengkap vaksin


SUSULAN pengumuman Perdana Menteri mengenai kelonggaran bersyarat bagi penerima vaksin dos lengkap, KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd, anak syarikat penuh milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), telah melancarkan kempen Book Now Travel Later yang menawarkan pakej percutian dengan harga berpatutan bagi mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Kempen ini menawarkan pakej penginapan 3 hari 2 malam di hotel-hotel terpilih dengan harga permulaan serendah RM95. Antara hotel yang ditawarkan ialah Berjaya Times Square Hotel, The Pines Melaka, Royal Chulan Kuala Lumpur, Singgah Kertih, Singgah Pengerang, dan beberapa buah lokasi Felda Residence seperti di Tekam, Sahabat Hot Spring dan Terengganu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, selaras dengan keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin, KOPETRO mengambil peluang ini untuk menjana semula pendapatan syarikat mereka yang melibatkan sektor pelancongan.

“Pakej yang kami tawarkan ini sememangnya bertepatan dengan keperluan rakyat Malaysia. Selepas lebih tiga bulan berkurung di rumah sejak perintah berkurung penuh dikuatkuasakan pada bulai Mei yang lalu, tibalah masanya untuk masyarakat mula merancang percutian hujung tahun nanti sempena meraikan kelonggaran bersyarat yang mula dibenarkan secara berperingkat bermula 10 Ogos yang lalu,” ujar Ahmad Shakir.


Beliau turut menyeru masyarakat untuk merebut peluang memiliki pakej percutian yang ditawarkan ini sebagai tanda sokongan terhadap industri pelancongan tempatan yang teruk terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan hampir dua tahun ini menyebabkan banyak pengusaha pusat pelancongan dan perhotelan terpaksa gulung tikar untuk semua perniagaan mereka.

Biarpun KOPETRO Travel & Tours turut dihimpit masalah demi mengekalkan kelangsungan perniagaan, namun langkah berani telah diambil untuk melancarkan kempen Book Now Travel Later bukan sahaja untuk menjana pendapatan syarikat namun juga demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara khususnya bagi industri perhotelan dan pelancongan.

Untuk membuat tempahan segera bagi pakej penginapan dari KOPETRO Hotel, anda boleh layari laman web www.kopetrotravel.com.my- 7KLIK 



[KREDIT: KOPETRO]




Post a Comment

0 Comments