Hot Posts

6/recent/ticker-posts

7 TRIVIA MENARIK DRAMA DERITA UNTUK BAHAGIA


DRAMA
bersiri Derita Untuk Bahagia terbitan Astro Prima dan syarikat produksi MIG Productions Sdn. Bhd. merupakan sebuah naskhah asal yang mengangkat genre kekeluargaan, persahabatan dan cinta.  

Drama 30 episod arahan Ejump Mohd ini turut menampilkan David Teo selaku Penerbit. 

Kisah Derita Untuk Bahagia bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 7 Jun, di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


TRIVIA MENARIK DRAMA DERITA UNTUK BAHAGIA

1. Penggambaran drama Derita Untuk Bahagia telah dimulakan pada 28 September tahun lalu dan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali kerana berdepan dengan kekangan PKP. Keseluruhan kerja penggambaran akhirnya dapat diselesaikan pada 5 Mac 2021, lewat 11 hari mengikut perancangan asal. Antara lokasi penggambaran yang terlibat termasuklah di sekitar Lembah Klang dan Kuantan.

2. Pihak produki telah berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang aktiviti penggambaran dijalankan. Aspek keselamatan dan lokasi merupakan antara cabaran terbesar yang harus ditempuhi sepanjang penggambaran berjalan.

3. Selain memohon lesen biasa, pihak produksi juga terpaksa membuat permohonan lain kepada FINAS untuk mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) bagi meneruskan baki kerja penggambaran.

4. Selain terikat dengan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta lawatan khas oleh pihak FINAS semasa aktiviti penggambaran sedang berjalan, jadual penggambaran juga asyik berubah kerana ada pelakon utama dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19.

5. Akibat perubahan jadual yang terjadi, pihak produksi terpaksa menghadapi tekanan dan mengejar masa untuk menghabiskan baki kerja penggambaran dengan kadar segera kerana ada sebilangan barisan pelakon yang terlibat sudahpun terikat dengan komitmen kerja yang lain.

6. Pihak produksi juga mengambil keputusan untuk meneruskan penggambaran di Kuantan bagi babak-babak yang melibatkan kawasan hospital kerana masalah lokasi di Kuala Lumpur. Babak tersebut juga melibatkan hampir 13 orang pelakon dan 20 krew produksi.

7. Single Bangkit Semula nyanyian penyanyi popular Khai Bahar diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini. Lirik single tersebut merupakan hasil nukilan Adi Pawana dan turut menampilkan Adi Pawana & Alun Cendana selaku Komposer.


BARISAN PELAKON DRAMA DERITA UNTUK BAHAGIA

Azar Azmi sebagai ALISHA
Hafreez Adam sebagai RAIF
Amar Baharin sebagai DANIAL
Marisa Yasmin sebagai MARIA
Dayang Areeda sebagai INTAN
Jasmin Hamid sebagai LINA
Dian P Ramlee sebagai PUAN ZAITON
Riezman Khuzaimi sebagai SALLEH
Harieyanto Hassan sebagai FAUZI
Datuk Hilal Azman sebagai TUAN JALAL
Aida Othman sebagai SURAYA
Zarina Zainuddin sebagai MAK YAM


SINOPSIS DRAMA DERITA UNTUK BAHAGIA

Alisha ialah gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya. Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang.

Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya.  Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya. Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran. 

Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?


[KREDIT: Astro Prima]
















Post a Comment

0 Comments