
Pada majlis ijabkabul itu, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, menyerahkan mas kahwin sejumlah RM300 bersama seutas gelang berlian kepada pengantin perempuan. Turut disertakan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Ernie.
Menurut Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, majlis penikahannya itu diadakan secara ringkas dan hanya dihadiri keluarga terdekat keluarga kedua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Terdahulu, Ernie dan Syamel mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu, selepas lebih empat tahun saling mengenali hati budi.
0 Comments