27 Mac 2021

CINTA BERSATU, NEELOFA KINI MILIK PU RIZ


AKHIRNYA
desas-desus berkenaan majlis pernikahan pasangan popular Neelofa dan PU Riz bertemu titik jawapan apabila masing-masing selamat diijakabulkan hari ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail, 26, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur sekitar jam 11.43 pagi.

Dinikahkan oleh adik kandung Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor, pasangan ini tampil mempersona dengan persalinan rona putih yang melambangkan kesucian cinta keduanya.

Dalam majlis sama, PU Riz menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin untuk isteri. Menurut Neelofa, mereka berdua sepakat memilih perkara yang wajib sahaja dalam acara itu.

Bertemakan cinta Jabal Rahmah, konsep pelamin dibina indah dengan himpunan bunga hidup berwarna putih yang memenuhi ruang acara nikah. Malah alunan zikir dan lagu-lagu nasyid yang berkumandangn sepanjang majlis berlangsung turut memberi perasaan tenang kepada pasangan pengantin dan tetamu yang hadir.

Lebih mempersona, kesemua tetamu yang hadir juga tampil mengenakan pakaian daripada rona putih sebagaimana diwajibkan tuan rumah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, selain barisan selebriti seperti Hanna Delisha, Scha AlYahya, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman Ibrahim.

Manakala pengacara popular Ahamd Fedtri pula bertindak sebagai pengacara majlis. 

Semoga perkahwinan ini kekal berbahagia sehingga ke syurga! Selamat pengantin baharu Haris dan Neelofa. 



Tiada ulasan:

Catat Komen