Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SELAMAT DIIJABKABULKAN, RISTEENA SAH BERGELAR ISTERI ISA KHAN


PASANGAN sejoli, Risteena Munim dan Isa Khan selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pagi Jumaat.

Risteena dan Isa dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ringkas yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.

Dalam majis penuh harmoni itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan. Bagaimanapun, Wang hantaran tidak tidak dinyatakan.

Terdahulu pasangan ini merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada penguhujung tahun lalu, namun terpaksan ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Risteena dan Isa mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019, di Bali Indonesia, selepas lima bulan berkenalan.

Selamat pengantin baharu Risteena dan Isa Khan!

Post a Comment

0 Comments