Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KAMI SETIA DENGAN DIGIMON


DIGIMON-DIGI Destined Malaysia, sebuah kelab hobi yang bertemakan permainan raksasa eletronik telah menjangkau usia 5 tahun penubuhan sejak tahun 2015.

Bermula dengan hanya 4 orang ahli, Digimon-Digi Destined Malaysia yang lebih dikenali sebagai DDM oleh ahlinya kini sudah mempunyai hampir 10 ribu orang ahli.

Menurut pengasas kelab hobi Digimon, Muhammad Hafidz Selamat, 2020 adalah tahun yang sangat sukar dan mencabar kepada semua ahli DDM.

Sebelum ini, ahli-ahli DDM sering berjumpa sesama mereka untuk bermain Digimon, namun disebabkan oleh pandemik Covid-19, kami ahli DDM tidak dapat berjumpa dan melaksanakan aktiviti seperti kebiasaannya.


“Kami selaku ahli DDM agak sedih apabila tidak dapat berjumpa dan menjalankan aktiviti bersama, namun semua ahli kelab hobi Digimon menyokong tindakan kerajaan dalam menjalankan perintah kawalan pergerakkan bagi menular penyebaran wabak Covid-19,” kata Hafidz.


Tambahnya lagi, sebelum ini DDM sering menjalankan pertandingan bertarung Digimon dikalangan ahli kelab mereka. Untuk tahun 2020, mereka telah sebulat suara membatalkan pertandingan tersebut dan memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19.

Pada awal April 2020, DDM telah melancarkan 'Kempen Kita Semua Pejuang' di kalangan ahlinya sebagai tanda sokongan kepada barisan hadapan.

Sebelum ini, kelab DDM telah beberapa kali berhubung dengan kelab-kelab Digimon di luar Malaysia seperti Indonesia, Amerika, Jepun dan juga Thailand untuk menganjurkan pertandingan bertarung Digimon secara persahabatan.


“Kami memerlukan sokongan Kementerian Belia Dan Sukan dalam mengiktiraf DDM dan sukan bertarung Digimon sebagai kelab hobi yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Kami di DDM akan cuba sedaya upaya dalam merialisasikan impian ahli kelab kami untuk mengadakan pertandingan bertarung Digimon di peringkat antarabangsa.” ujar Hafidz.


Digimon adalah sejenis permainan eletronik yang memerlukan dua orang pemain. Konsep permainan ini adalah pemain akan memelihara raksasa eletronik pilihan mereka, dan apabila raksasa mereka yang dikenali sebagai Digimon mencapai tempoh tertentu, mereka akan bertarung.

Untuk butiran lanjut mengenai Digimon-Digi Destined Malaysia, layari
https://www.facebook.com/groups/DigimonDigiDestinedMalaysia

Post a Comment

0 Comments