Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BELI-BELAH DENGAN SELAMAT DAN RAIKAN TAHUN BAHARU CINA BERSAMA SUNWAY MALLS



DIDORONG oleh semangat Tahun Lembu, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) terus mara ke hadapan dengan sambutan Happy ‘Niu’ Year sempena Tahun Baharu Cina kali ini. Istilah ‘Niu’ bermaksud ‘Lembu’ dalam bahasa Mandarin, bertepatan dengan zodiak untuk tahun ini. 

Lembu dalam takwim zodiak Cina merupakan sejenis haiwan yang kuat, tekun dan boleh dipercayai, lantas berbekalkan sifat-sifat ini, kami juga berharap tahun ini kita dikurniakan dengan kemakmuran, kekuatan dan kejayaan, meskipun kita sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat masa ini. 

“Kemeriahan sambutan perayaan kali ini barangkali tidak sama seperti dahulu, namun kami berharap semangat kebersamaan, nilai kasih sayang antara sanak saudara dan satu sama lain masih menjadi penunjang - bersatu kita teguh. 

"Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga Malaysia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan. 


Bagi membantu insan lain ketika musim perayaan ini, Sunway Malls’ ‘Niu’ Hope Charity Drive telah diilhamkan untuk memberi sumbangan kepada komuniti B40 serta mangsa banjir yang terkesan baru-baru ini. 

Di Sunway Malls, penyediaan pengalaman membeli-belah yang selamat merupakan keutamaan tertinggi. Oleh kerana pusat beli-belah Sunway akan terus beroperasi semasa PKP untuk membolehkan pengguna membeli barangan keperluan, langkah penjagaan keselamatan yang ketat akan dikerahkan. 

Ia meliputi penggunaan pengimbas suhu berketepatan tinggi di semua pintu masuk, pengesanan kontak bagi pengunjung yang memasuki pusat beli-belah dan semua outlet, serta usaha pensanitasian berkala di semua ruang tumpuan dan kawasan umum. 

Para pembeli-belah diingatkan untuk mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka pada setiap masa dan menggunakan pembasmi kuman demi keselamatan. 

Dan saksikan warna-warna serba merah dan emas di setiap pusat beli-belah Sunway, serta tanglung dan pasar bunga yang menghiasi bangunan tersebut. 

Beli-belah barangan keperluan Tahun Baharu Cina anda menerusi aneka tawaran menarik untuk diri anda sendiri, atau sebagai hadiah untuk insan tersayang. Barangan seperti pakaian, dekor kediaman, hamper, produk kecantikan, termasuk yee sang, daging kering, dan banyak lagi dapat ditemui.

Ekoran penguatkuasaan semula PKP, khidmat ‘Order & Collect’ juga akan disediakan di pusat beli-belah Sunway yang terpilih untuk memudahkan pengguna ‘memesan dan mengambil’ barangan keperluan yang ingin dibeli.

Beli-belah dengan selamat di Sunway Malls!


TAHUN BAHARU CINA DI SUNWAY MALLS

Sunway Pyramid

Mulai 1 Januari hingga 28 Februari 2021, amati kerahmatan dan kemakmuran bersama insan tersayang menerusi pelbagai ganjaran menarik yang sedia untuk ditebus di Sunway Pyramid. 


Beli-belah barangan yang terdiri daripada makanan, pakaian dan hadiah untuk memenuhi keperluan Tahun Baharu Cina anda di Sunway Pyramid, yang telah mengerahkan langkah-langkah penjagaan demi keselamatan anda.

Untuk menceriakan suasana perayaan ini, kota purba emas yang dihiasi dengan pokok tangerin serta tanglung merah boleh disaksikan di LG2 Orange Concourse, di samping arca lembu keemasan yang didirikan di hadapan dataran tersebut untuk menyambut kehadiran pembeli-belah ke kota ini.

Pembeli-belah hanya perlu membelanjakan RM300 dalam dua resit (RM200 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC) untuk menebus Set Ang Pow ‘Oxpicious’ oleh Sunway Malls.

Bagi perbelanjaan bernilai RM1,500 dalam dua resit (RM1,400 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC) pula, pembeli-belah boleh menebus Set Teh ‘Prosperity’ bermaterialkan seramik yang lengkap dengan beg khas untuk menambah kelainan dalam sesi yumcha anda yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Pyramid.


Sunway Velocity Mall

Dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021, Sunway Velocity Mall mengalu-alukan anda semua untuk meraikan Happy ‘Niu’ Year dengan benih harapan baharu.

Di Main Atrium, Ground Floor, taburan syiling emas yang melambangkan limpahan kekayaan bakal disaksikan oleh para pengunjung. Sebuah arca Lembu keemasan bersaiz gergasi dan terletak di tengah-tengah atrium ini turut dihiasi dengan syiling emas sebagai simbol kemakmuran dan kekayaan.

Pembeli-belah juga dapat menebus ganjaran eksklusif sempena musim perayaan ini. Dengan membelanjakan RM300 (RM200 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam dua (2) resit anda boleh menebus baucar F&B bernilai RM10 serta Set Ang Pow ‘Oxpicious’.

Bagi perbelanjaan berjumlah RM600 (RM500 bagi Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam empat (4) resit, pembeli-belah boleh menebus satu Set Mangkuk Nasi khas berwarna emas.

Di samping aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di pusat beli-belah ini, Sunway Velocity Mall juga telah beralih ke dunia maya dengan aktiviti yang didedikasikan untuk kanak-kanak, iaitu siri CNY Virtual Arts & Crafts yang boleh diikuti dari keselesaan rumah anda.

Alternatif ini membolehkan kanak-kanak berseronok dan memelihara keselamatan. Pembeli-belah yang merupakan ahli Sunway Pals dapat mengumpul 80 mata ganjaran Pals untuk menebus CNY Virtual Arts & Crafts Kit bagi anak-anak mereka di Sunway Pals Booth yang boleh ditemui di World of Sunway di aras pertama. Penebusan dihadkan kepada 50 pembeli-belah terawal setiap hari.

Video-video bengkel mingguan juga akan dimuat naik di Laman Facebook Sunway Velocity Mall sebagai panduan mudah untuk kanak-kanak.

Dengan mengongsikan hasil kraf di Facebook dan mengetag Sunway Velocity Mall, anda berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah yang bernilai RM200. Dua (2) pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu sepanjang lima (5) minggu secara berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Velocity Mall.


Sunway Putra Mall

Raikan Tahun Lembu ini bersama Sunway Putra Mall dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021. Bagi menyambut musim perayaan kali ini, pusat beli-belah ini dihiasi dengan taman buluh yang berwarna-warni, menjurus ke pagoda merah setinggi 24 kaki yang diilhamkan oleh seni bina tamadun Cina, di samping arca lembu buatan tangan setinggi 6 kaki.

Pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dalam dua (2) resit boleh menebus Set Ang Pow ‘Oxpicious’, yang juga boleh digunakan sebagai pemegang pelitup muka, atau menebus Pelitup Muka ‘Oxpicious’ dengan perbelanjaan RM350 dalam tiga (3) resit. 

Dalam Talian

Dengan menyahut seruan kerajaan untuk tinggal di rumah dan memelihara keselamatan umum, anda juga boleh berinteraksi dengan kami dalam talian untuk mencuba nasib dan bermain ‘38 Lucky Sticks’, iaitu permainan interaktif untuk memperoleh ‘tuah’.

Peserta akan dipilih secara rawak untuk memenangi hadiah-hadiah menarik selepas ‘Lucky Number of the Day’ dikongsikan di media sosial mereka.

*Anda juga boleh memanfaatkan peluang ini untuk mempelajari tentang 12 zodiak bagi tahun 2021 melalui ‘Garden of the Virtual Zodiac’ di laman web pusat beli-belah ini.

Bagi si cilik pula, cungkil bakat mereka dengan menyertai Chinese New Year Virtual Kids Crafts yang dianjurkan secara eksklusif untuk ahli Putra Junior Club dan Autsome. Kit seni dan kraf boleh ditebus secara percuma.

Para ahli boleh menyertai sesi tersebut menerusi laman Facebook Sunway Putra Mall pada setiap hari Sabtu. Bagi yang berminat untuk menjadi ahli, pendaftaran boleh dibuat untuk menikmati faedah-faedah seperti ini! Antara kit yang boleh ditebus ialah 3D Ox Art, Clay Art, Chinese Drum Kit dan banyak lagi!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Putra Mall.


Sunway Carnival Mall

Sunway Carnival Mall meraikan Tahun Lembu dengan dekorasi arca lembu, syiling emas, serta tanaman untuk melambangkan kebingkasan dan kejayaan, ia boleh ditemui di dataran pusat beli-belah ini mulai 8 Januari hingga 21 Februari 2021.

Tahun Lembu kali ini hadir tepat pada masanya untuk memberi kita peluang untuk menjiwai sebuah permulaan baharu, serta keyakinan dan keazaman untuk mendepani tahun 2021 setelah menempuhi liku dan cabaran yang terbentang pada tahun lalu.

Bagi menambah seri perayaan kali ini, jangan lepaskan peluang untuk menebus Set Ang Pow ‘Oxpicious’ yang juga boleh digunakan sebagai pemegang pelitup muka, sekali gus mendukung inisiatif pembaziran sifar apabila anda membelanjakan RM88 (RM138 dengan kad kredit HSBC) dalam dua resit.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membawa pulang set hadiah kecantikan serba eksklusif dengan membelanjakan RM388 (RM288 dengan kad kredit HSBC) mulai 22 Januari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Carnival Mall.


Sunway Giza Mall

Di Sunway Giza Mall, saksikan dan amati dekorasi Happy ‘Niu’ Year di Centre Boulevard dari 8 Januari hingga 21 Februari 2021. Para pengunjung bakal disambut dengan perhiasan tanglung merah, yang melambangkan harapan serta tahun baharu yang diisi dengan keberkatan.

Anda juga boleh mengambil gambar dengan menggunakan Lembu Emas sebagai latar – namun pastikan penjarakan sosial diamalkan pada setiap masa.

Dan atas semangat keihsanan, pembeli-belah juga boleh mendermakan barangan yang tidak mudah rosak kepada Wishful Food Bank oleh Sunway Giza yang terletak di hadapan Village Grocer, bersertakan ucapan anda mulai 8 Februari hingga 21 Februari 2021. Item makanan yang dikumpul akan diagihkan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

Berbekalkan sifat kebingkasan dan ketekunan seperti yang dimiliki seekor Lembu, kita mampu menjurusi tahun 2021 dengan kejayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Giza Mall.


Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub

Nikmati kemudahan parkir percuma di kedua-dua pusat beli-belah!

Mulai 8 Januari hingga 28 Februari 2021, kunjungi Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina. Ambil gambar bersama Oxpicious Golden Ox untuk mengundang kemakmuran dan tuah dalam hidup anda.

Berbelanja RM288 (RM188 bagi ahli baharu Sunway Pals) dalam 3 resit untuk menebus Set Ang Pow ‘Oxpicious’. Berbelanja RM388 dan ke atas (RM288 bagi ahli baharu Sunway Pals) dalam 3 resit untuk menebus Mainan Plusy ‘Oxpicious’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook atau laman web Sunway Big Box Retail Park.

Sunway Malls ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina!


[KREDIT: Sunway Malls]



Sunway Giza

Sunway Puta Mall


Sunway Pyramid

Sunway Velocity Mall

Sunway Big Box


Post a Comment

0 Comments