Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Astro tawar akses tontonan komplimentari



BAGI memastikan pelanggan kekal berinformasi dengan perkembangan semasa dan terhibur di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB, Astro menawarkan akses tontonan komplimentari kepada rangkaian saluran beritadan saluran kanak-kanak, mulai hari ini hingga 26 Januari di platform televisyen dan Astro GO. 

Istimewa untuk generasi muda belia, mereka bakal disajikan dengan program-program dan kandungan hiburan kanak-kanak terhebat tanpa waktu batasan di saluran Cartoon Network (CH615 HD/CH 635), Nickelodeon (CH 616 HD/CH 636), Nick Jr. (CH 617) dan Boomerang (CH 619).

Program di saluran kanak-kanak termasuk Ben 10, The Powerpuff Girls, Adventure Time, We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show, The Looney Tunes Show, Barbie Dreamhouse Adventures, Paw Patrol, Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine, Blue's Clues & You dan banyak lagi. 

Tambah menarik, pelanggan Astro juga akan terus kekal maklum dengan liputan berita-berita terkini dan hal ehwal semasa yang berlaku di dalam dan luar negara di rangkaian Berita Astro, kecuali saluran berita SKY News, sehingga 26 Januari. 

Akses komplimentari saluran Berita termasuklah CNN (CH511 HD/CH531), BBC World News (CH 512 HD/CH532), Al Jazeera English (CH513 HD/CH533), Channel News Asia (CNA) (CH515), Bloomberg TV (CH 517), CNBC Asia (CH516), ABC Australia (CH 518) dan Astro Awani (CH 501). 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai akses tontonan komplimentari ini, sila layari www.astro.com.my.

Senarai saluran yang terlibat dengan tawaran tontonan komplimentari buat pelanggan Astro dalam tempoh ini adalah seperti berikut: 


Saluran Kanak-Kanak

Cartoon Network (Ch 615 HD/Ch635)
Boomerang (Ch 619)
Nickelodeon (Ch 616 HD/Ch636)
Nick Jr. (Ch617)

Saluran Berita

Astro Awani (Ch 501)
Bernama News Channel (Ch502)
CGTN (Ch503)
CNN (Ch 511 HD/Ch531)
BBC World News (Ch512 HD/Ch532)
Al Jazeera English (Ch513 HD/Ch533)
Channel News Asia (CNA) (Ch515)
CNBC Asia (Ch516)
Bloomberg TV (Ch517)
ABC Australia (Ch518)

- 7KLIK

[KREDIT: Astro]

Post a Comment

0 Comments