Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JACK ‘N JILL POTATO CHIPS MEMBAWAKAN RASA UMPH DENGAN PERISA TERBAHARU SAMBAL UDANG


JACK ‘N JILL Potato Chips memperkenalkan perisa terbaharunya yang mengujakan - Sambal Udang - yang pastinya menepati citarasa rakyat Malaysia yang rata-ratanya merupakan peminat tegar hidangan pedas dan menyelerakan itu.

Sejak tahun 1984, Jack ‘n Jill Potato Chips telah menjadi snek pilihan rakyat Malaysia bagi menceriakan mood dikala perlu. Kini, selepas 36 tahun menjadi 'Temanmu Selalu', JACK 'n JILL ingin meraikan ikatan istimewa ini dengan memperkenalkan perisa baharu Sambal Udang.

Diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dalam bentuk V, lalu digoreng sehingga rangup, JACK 'n JILL Potato Chips Sambal Udang menjanjikan sensasi rasa lokal Malaysia dengan setiap kunyahan. Ia memberi nikmat keenakkan sambal udang yang pedas serta kerangupan yang tiada tolok banding.


Bersempena pelancaran ini, JACK ‘n JILL juga telah membentuk gandingan padu bersama pemenang Anugerah Juara Lagu Naim Daniel dengan pelukis kreatif multi-disiplin Cloakwork untuk menghasilkan beg tote edisi terhad yang bertemakan 'Temanmu Selalu'.

Beg tote Edisi Khas ‘Temanmu Selalu’ kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, sementara stok masih ada, dengan hanya pembelian minimum RM10 JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang V-cut atau mana- mana produk JACK ‘n JILL Potato Chips dalam sekeping resit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan IG kami (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/).  


[KREDIT: Jack 'n Jill]

Post a Comment

0 Comments