Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TENTU DARI ZIZI KIRANA BIKIN EMOSI LARUT



JOOX, Platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, menampilkan Tentu, single terbaharu oleh artis Hip-Hop sensasi Malaysia, Zizi Kirana. Lagu itu dilancarkan di bawah projek Joox Originals Super Producer.

Tentu mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik tanah air apabila berjaya menduduki tangga ke-13 di antara semua lagu bahasa Malaysia hanya setelah dua hari dilancarkan. 

Lagu itu telah dilancarkan secara eksklusif oleh Joox Malaysia dan pasti akan menghanyutkan peminat muzik menerusi lirik yang mencerminkan pemerhatian dan pandangan Zizi Kirana mengenai kejadian semasa di seluruh dunia.

Menurut Zizi, yang juga merupakan salah satu komposer lagu Tentu, tahun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar bukan hanya kerana pandemik Covid-19, tetapi juga kerana kematian rakan karibnya, Sandra Dianne.

Penyanyi asal Sabah itu mengatakan dia menyalurkan kesedihan dan perjuangannya melalui masa-masa sukar ini ke arah kreativiti, lalu terlahirnya lagu Joox Originals ini.

Tentu menutup tirai siri Super Producer Joox Originals yang telah menghasilkan banyak lagu hit untuk peminat muzik Malaysia sepanjang tahun 2020 dengan menampilkan artis-artis terkemuka seperti Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Sophia Liana dan Aziz Harun, di mana karyanya dihasilkan oleh penyanyi, penulisdan penerbit muzik Faizal Tahir.

Tentu kini dinikmati oleh peminat muzik tanah air dan juga berjaya memasuki senarai hit Era Lagu Baru Nak Up. Bukan itu sahaja, lagu ini juga berjaya menduduki tangga ke-13 di antara semua lagu bahasa Malaysia hanya setelah dua hari dilancarkan.

Angie Tan, Head of Joox Malaysia, berkata, Joox dengan bangganya melancarkan single baharu Zizi Kirana Tentu sebagai penutup tirai untuk projek siri Super Producer yang sangat berjaya di Malaysia pada tahun ini.

"Sepanjang tahun ini, kami mengeluarkan banyak lagu hit untuk peminat muzik di Malaysia yang mendambakan perkhidmatan penstriman muzik yang menepati citarasa tempatan dan juga gaya hidup pantas, dan sekaligus membentuk tabiat dan pilihan muzik mereka.

"Joox akan terus menyediakan kandungan segar dan paling inovatif, serta fitur interaktif yang menyeronokan kepada  penggemar muzik Malaysia seperti fungsi karaoke yang mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan.

"Fitur Karaoke Joox tidak hanya memberikan peluang kepada pengguna Joox untuk menunjukan bakat muzik mereka tetapi mereka juga boleh berduet dengan bintang tempatan seperti Zizi Kirana. Yang paling penting bagi kami di Joox adalah untuk terus komited dan menyumbang kepada perkembangan muzik di Malaysia,” katanya.

Joox juga menyediakan platform untuk para peminat yang berkeinginan untuk berkongsi pentas dengan Zizi Kirana. Pengguna Joox yang berbakat dapat menyanyikan lagu Tentu pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui fitur karaoke Joox dan juga berpeluang untuk bernyanyi bersama artis lain seperti penyanyi dan penulis lagu Sissy Imann, yang turut sama berduet dengan Zizi.

Jangan ketinggalan peluang keemasan untuk berduet dengan Zizi Kirana dalam Kempen Karaoke Joox Originals dari 20 hingga 26 November ini dan nantikan Joox Live Chat yang akan datang.

Manjakan diri anda dengan muzik oleh artis-artis  terhangat dan terbaik dari Malaysia dan seluruh dunia.

Joox kini mempunyai pustaka muzik yang luas dengan lebih daripada 30 juta lagu, untuk dinikmati pengguna pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi mudah alih atau desktop.

Aplikasi Joox di mana boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store atau laman rasmi JOOX website. 


TENTU by ZIZI KIRANA
(Joox Originals) 

Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu
 
Kadang tersenyum 
Lihat masa berlalu 
Perkara yang berlaku 
Keadaan celaru 

Tahu tapi tak putus asa 
Jatuh bangkit walau ku susah 
Pejam mata mula semula 
Hati resah yang sementara 
Harap pulih jua 

Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu 

Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu 

Tak biasa 
Dengan keadaan dunia 
Dalam keadaan semasa 
Apa yang ku lihat di massa 

Banyak yang berubah 
Jadi sumpah tak ku sangka 
Nasib ku mula berubah 
Namun semua dah dijangka 
Aku mulakan langkah 
Aku tetapkan arah 
Biar ku melangkah 
Seperti dulu kala 

Kembalikan 
Dunia ku yang dulu 
Yang tak diganggu 
Dunia yang ku rindu 
Ku harungi waktu
Ohh.. 

Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu


Penyanyi: Zizi Kirana 
Lirik: Somean, Gnello & AJ 
Komposer: Somean, Gnello, AJ & Zizi Kirana 


[KREDIT: Joox]

Post a Comment

0 Comments