29 Feb 2020

,

MISI menyelamat bermula dengan menerima panggilan kecemasan daripada individu-individu yang memerlukan bantuan kecemasan dan maklumat ini dengan serta merta disalurkan kepada pihak polis, pihak ambulan dan pihak bomba untuk tindakan susulan dengan segera. 

Seterusnya, di ceritakan tentang keberanian dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh anggota pasukan kecemasan dan juga kordinasi dan kerjasama yang padu antara pihak polis, pihak ambulan dan pihak bomba untuk menyelamatkan seseorang itu dalam keadaan yang ngeri, ketakutan, mengejut dan cemas.

Hakikatnya anggota polis, paramedik dan pasukan bomba meletakkan diri mereka dalam bahaya ketika berdepan dengan misi menyelamat namun pada masa sama mereka juga tidak dapat lari daripada berdepan dengan masalah peribadi. 

Cabaran dan keberanian anggota keselamatan ini dibawakan dalam siri Inggeris, 9-1-1, setiap Ahad, pukul 8.30 malam di TV2. Siri arahan Bradley Bueker ini dibintangi pelakon utama Angela Basset, Kenneth Choi, Peter Krause, Oliver Stark dan Aisha Hinds. 

Menariknya dalam 28 episod siri ini berkongsi menonjolkan golongan lelaki dan wanita bersatu dalam menjalankan misi menyelamat. 



Episod (Pilot) 
Empat insiden kecemasan yang memerlukan bantuan dari anggota polis, bomba dan ambulan. Peristiwa pertama yang berlaku di kolam renang apabila seorang budak lelaki yang hampir cemas dapat diselamatkan oleh anggota bomba dengan rawatan ‘CPR’. Seterusnya, bayi di buang ke dalam tandas dan sangkut dalam paip tandas diselamatkan oleh anggota bomba. Insiden ketiga melibatkan perempuan muda yang membela beberapa ekor ular di rumahnya. Seterusnya, di ceritakan tentang keberanian seorang anggota polis menyelamatkan seorang budak perempuan kecil dari dua orang perompak yang pecah masuk rumahnya.

Episod (Let Go) 
Insiden pertama berlaku di taman permainan apabila seorang lelaki jatuh dari ‘roller coaster’ dan mati. Oleh kerana ‘roller coaster’ berhenti dengan tiba-tiba, empat penumpang tersekat dalamnya dan tergantung darinya. Seterusnya, tentang keberanian anggota polis wanita menyelamatkan seorang lelaki dari serangan ganas dua ekor anjing di rumahnya. Adegan terakhir lelaki merajuk dengan isteri dan mengancam untuk melompat dari bangunan tinggi. 

Episod (Next of Kin)
Insiden pertama yang berlaku di taman permainan apabila empat orang lelaki termasuk tiga orang kanak-kanak terperangkap dalam ‘bouncy house’ yang di sangkut atas bukit. Seterusnya, seorang anggota bomba dimasukkan ke hospital dengan sebatang besi menembuk kepalanya. Diikuti kejadian anak perempuan seorang anggota polis cuba membunuh diri dengan mengambil ubat tidur yang berlebihan kerana tidak tahan pembulian di sekolah. Peristiwa terakhir ialah mengenai beberapa orang lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak yang terperangkap dalam ‘container’ lori yang ditinggalkan di tepi jalan raya. 




Episod (Worst Day Ever) 
Tentang usaha menyelamat penumpang kapal terbang terhempas di lautan pasifik dan keberanian seorang anggota polis wanita yang menahan seorang budak perempuan yang terlibat dengan pembulian di sekolah. 

Episod (Heart Breaker)
Kisah  kejutan lelaki yang membawa teman kekasihnya dalam kapal terbang kecil malangnya teman wanitanya mengalami sakit jantung, perempuan yang mengalami masalah mental membunuh teman lelakinya, dan keberanian seorang ‘operator’ telefon yang membantu bernafas semula seorang lelaki yang tersedak dengan membuat rawatan kecemasan di bahagian tekak dan menyelamatkan nyawanya.

Episod (Point of Origin) 
Insiden pertama yang berlaku semasa majlis perkahwinan diadakan dan dewan berkenaan telah runtuh dan ramai yang mati dalam runtuhan. Seterusnya, melibatkan beratus orang mati apabila sebuah apartment dengan beberapa tingkat telah terbakar dan keberanian seorang ‘operator’ telefon dan seorang anggota bomba menyelamatkan budak perempuan kecil dari kejutan eletrik di kolam renang.



Episod (Full Moon)
Insiden pertama yang berlaku apabila sekumpulan wanita yang mengandung di pusat wanita meminta bantuan dari pasukan anggota penyelamat untuk melahirkan bayi dalam keadaan kucar-kacir dengan jeritan sakit dan bising. Seterusnya, seorang lelaki yang kurang siuman tiba-tiba menyerang dan membelasah beberapa orang di taman permainan dan seorang anggota polis terpaksa menembak mati orang berkenaan. Peristiwa terakhir keberanian seorang wanita menyelamatkan ibunya dari serangan suaminya.

Episod (Karma’s A Bitch)
Insiden pertama lelaki mati kerana cuba menembak ke arah sebatang pokok dan pelurunya melantun kembali dan menembusi jantungnya. Diikuti kisah seorang lelaki yang anti binatang membaling beberapa ketul batu pada seekor harimau di zoo. Ini menyebabkan harimau berkenaan melepaskan diri dari kawalan keselamatan dan menyerang serta membunuh lelaki berkenaan. 

Episod (Trapped) 
Kisah pengemis terperangkap dalam trak sampah, ibu dan anak lelaki terperangkap dalam lif yang kabelnya terputus dan terhempas di tingkat bawah dan dua orang lelaki tua yang terperangkap dalam rumah sendiri. 




Episod (A Whole New You) 
Insiden pertama lelaki yang disahkan mati dan dihantar ke hospital untuk ‘post-mortem’ tetapi lelaki berkenaan tiba-tiba bangun dari ‘tidur’ dan mengejutkan semua orang termasuk doktor, lelaki mati dalam kemalangan jalan raya dan mayat seorang lelaki yang telah mati seminggu baru dijumpai oleh pasukan anggota bomba.

Episod (Under Pressure)
Kisah lelaki memandu kereta secara bahaya dan mengakibatkan kemalangan jalan raya, lelaki yang cuba mematikan bom tangan tetapi ianya meletup dan mengenai dua orang lelaki masukkan kepala kawannya dalam ‘microwave oven’ yang diisi dengan simen dan pihak keselamatan bomba terpaksa memecahkan ‘microwave oven’ untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.

Episod (7.1)
Tentang gempa bumi berlaku di Los Angeles dalam skala 7.1 magnitud telah membawa banyak kerosakkan bangunan dan kematian orang ramai di sekitar kawasannya. Kisah  lelaki terperangkap di bawah bangunan yang runtuh dan mangsa yang terperangkap di bilik hotel.





Episod (Awful People)
Insiden pertama berlaku apabila seorang wanita sentiasa menipu orang dengan mengugut wang tunai, lelaki yang cuba merompak dan membunuh seorang pekerja restoren dan lelaki tua yang berkulit putih memerlukan bantuan kecemasan tetapi tidak membenarkan anggota perubatan yang berkulit hitam menyediakan rawatan terhadapnya. 

Episod (Stuck)
Insiden pertama berlaku apabila seorang lelaki terperangkap dalam terowong yang sempit, wanita tersekat dalam ‘exhaust pipe’ dan lelaki yang jatuh dari ‘escalator’ dan mengalami kecederaan parah dan malangnya anggota bomba tidak dapat menyelamatkan nyawanya.

Episod (Help Is Not Coming)
Tentang gempa bumi di Los Angeles dalam skala 7.1 magnitud telah membawa banyak kerosakkan bangunan dan kematian orang ramai di sebuah hotel. Ia juga menceritakan tentang beberapa insiden kecemasan yang memerlukan bantuan dari anggota polis, bomba dan ambulan tetapi tidak semua orang mendapat bantuan kerana bangunan dalam keadaan akan runtuh bila-bila masa. 

Episod (Dosed)
Insiden pertama berlaku apabila sebuah kapal terbang kecil terhempas di padang, malangnya penumpang dan juruterbang terperangkap dalam kapal terbang, lelaki menghadapi masalah pernafasan terlibat dalam pertandingan makan cengkerik dan mengenai anggota bomba yang tersilap makan kek yang ditaja oleh orang ramai mengandungi imbuhan dadah dan menjadikan mereka berkecoh di balai bomba dan anggota perubatan terpaksa menghantar mereka ke hospital.

Episod (Haunted)
Insiden pertama melibatkan pemandu trektor dan pembantunya terbenam di bawah tanah kerana tanah runtuh, lelaki diserang kelawar dalam perayaan ‘Halloween’ dan perasaan sedih oleh seorang anggota bomba yang kehilangan bapanya di hospital.



9-1-1
Bahasa: Inggeris
Episod: 28        
Hari: Setiap Ahad 
Masa: 8.30 Malam 
Saluran: TV2 
Terbitan:      
Skrip: 
Arahan: Bradley Bueker 
Pelakon: Angela Basset, Kenneth Choi, Peter Krause, Oliver Stark dan Aisha Hinds


[KREDIT: RTM]

28 Feb 2020

,

TAK perlu tercari-cari lagi dimanakah tempatnya untuk mendapatkan info dan lokasi mendapatkan kopi terbaik. Bukan itu sahaja pastinya jenis kopi yang dikongsikan juga sedap dinikmati sama ada dihidangkan panas atau sejuk.

Jalan-jalan pengacara pelakon yang juga penyanyi, Sharul Kamal berada dalam negara di sekitar Johor Bahru, dan Ipoh, Perak hingga ke Bali, Indonesia memenuhi pengisian program travelog diberi tajuk Cef Barista sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV Okey. 

Dalam 13 episod siarannya, hos menjelajah ke restoran dan kafe yang unik (hipster) menemu bual pemilik restoran sambil menikmati makanan istimewa yang disediakan oleh Cef atau Barista kafe tersebut. 

Cef akan menunjukkan bagaimana makanan itu dibuat. Pelbagai menu makanan dan minuman disajikan dalam setiap episod. Selain itu penonton akan dibawa untuk menikmati pelbagai jenis kopi yang disediakan oleh Barista beberapa kafe terpilih.

Episod 1 (Johor Bahru)
Lokasi Café Racer yang menjadikan motosikal sebagai hiasan dalaman bertujuan menarik remaja yang meminati sukan pemotoran datang ke kafenya. Untuk menikmati kopi, Sharul singgah di Replacement Café  mencuba dua jenis kopi iaitu Picolo dan Hand Brew yang disediakan oleh Barista atau cef Najiha Rahmat. Kedua dua kopi ini diimpot dari Melbourne.

Episod 2 (Johor Bahru)
Lokasi Chaiwalla & Co. berkonsepkan Kafe Kontena menyajikan pelbagai jenis minuman termasuk teh berasal dari Thailand manakala kopi pula diimpot dari Vietnam. Sharul juga berada di Kafe Kopi Keju mencuba minuman Mocha Ais dan Cappucino.

Episod 3 (Johor Bahru)
Lokasi Kafe Cats bertemakan kucing yang mensasarkan pencinta kucing sebagai pelanggannya. Minuman dihidangkan ialah Kopi Vietnam, Rose Latte dan Caramel Chino. Dalam episod ini juga Sharul berpeluang melawat Kilang Kopi Kluang dan telah melihat sendiri bagaimana kopi kluang yang popular itu diproses.

Episod 4 (Ipoh, Perak)
Lokasi Konda Kondi Café & Bistro di Ipoh, Perak menyediakan sajian barat tetapi disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia yang sukakan pedas. Pastikan anda mencuba kopi gudang garam di sini. Kafe seterusnya ialah Thumbs Café dimana sebuah rumah lama telah diubahsuai menjadi sebuah kafe yang unik. Kopi gememaran pelanggang Coconut Milk dan Kopi Butter.

Episod 5 (Ipoh, Perak)
Lokasi di sekitar Stesen Keretapi lama di Kafe Patit Mary yang menghidangkan pelbagai jenis minuman, pastri dan kek. Seterusnya di kafe Laksa Saranghae. 

Episod 6 (Ipoh, Perak)
Lokasi Restoran New Hollywood yang popular dengan menu sarapan pagi. Disini Sharul dijamu dengan makanan kegemaran kaum Cina iaitu Mee Wantan, Chee Cheong Fun, Roti Telur Goyang dan Khoo Lobak yang dimakan bersama Kopi Kampung.

Episod 7 (Bali, Indonesia)
Lokasi sekitar daerah Kintamani yang terkenal dengan kecantikan alam semula jadi. Sharul ke Kopi Bali House, kafe yang unik dimana hiasan lukisan dinding dilukis menggunakan kopi. Barista En Agus Dermawan menyediakan dua jenis kopi iaitu Frozen Bali Mochaccino dan Bali Blue Legend. Disamping menikmati keindahan Pantai Kuta, hos ke Pasar Sindu yang terkenal dengan pelbagai jenis menu jalanan (streets food).

Episod 8 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Daerah Ras Padi Tegalang menikmati pemandangan indah tanaman padi huma dilereng bukit juga melihat sendiri bagaimana kopi luwak diproses. Di Umapakel Tegalalang hos dihidangkan dengan pelbagai perisa teh dan kopi, antaranya Teh Kulit Kayu Manis, Teh Serai, Teh Lemon, Teh Rempah, Teh Manggis, Kopi Kelapa, Kopi Vanilla, Kopi Mocha, Kopi Ginseng dan Kopi Coklat.

Episod 9 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Boutique Coffee House iaitu Coffee Cartel untuk menikmati kopi. Barista, Ni Luh Ayu Sukremi menyediakan Flat White Coffee, Cartel Coffee dan V60. Biji kopi V60 ini berasal dari Chiliwangi, Jawa Barat dan amat diminati oleh pelancong dari England dan Australia. 

Episod 10 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Mannaka Café dihidangkan dengan Kopi Arang (Charcoal Latte) dan Matcha Lemonade iaitu sejenis minuman traditional Jepun yang diperbuat dari teh dan lemon. 

Episod 11 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Titik Temu Coffee menikmati kopi dihidangkan Barista, En Gede Ngurah Satria Wirya iaitu Ice Coconut Long Black, Filter Coffee dan Magic Coffee. Beliau juga memberi nasihat bagaimana untuk menjadi seorang Barista yang berjaya. 

Episod 12 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Tanah Lot Bali yang terkenal dengan kesenian pembinaan Pura (patung dari kayu). Di sini Sharul dibawa melihat bagaimana Kopi Bali diproses. Pelbagai jenis biji kopi dari seluruh Bali akan dikumpul dan disimpan dalam sebuah gudang. Peniaga kopi atau Barista akan datang ke kilang ini untuk membeli kopi yang sesuai dengan kafe masing masing. Kilang ini juga menyediakan sebuah kafe untuk pengunjung menikmati kopi dan hos mencuba Afofgato iaitu ais krim yang dimakan bersama sos kopi dan Kopi Bali Asli yang lebih kuat rasa kopinya.

Episod 13 (Kuala Lumpur)
Lokasi di Sri Petaling iaitu 5.1 Café Gallery mencuba kopi disediakan oleh Barista Koh Yee Hung iaitu Coffee Latte dan Sweet Potato Latte. Sharul belajar cara membancuh kopi dari En Muhammad Afiq seorang pengajar dan Barista terkenal. Kafe kedua yang dilawati ialah Feebay. Co. di Damansara, Kuala Lumpur.



CEF BARISTA
Bahasa: Melayu
Episod: 13         
Hari: Setiap Isnin 
Masa: 10.30 Pagi 
Saluran: TV Okey
Terbitan: RTM      
Pengacara: Shahrul Kamal 



[KREDIT: RTM]

27 Feb 2020

,

ANUGERAH Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald’s Malaysia kembali lagi untuk tahun keempat berturut-turut dan membuka pencalonan dari seluruh negara mulai hari ini hingga 30 Mac, 2020. 

Rakyat Malaysia berpeluang berkongsi kisah-kisah guru yang menjadi inspirasi kepada mereka mahupun anak-anak dalam mencapai kejayaan, memenuhi potensi masing-masing dan meraih kejayaan yang di luar jangkaan. 

Menjelang sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei, 2020, AGI memberi rakyat Malaysia peluang untuk mencalonkan dan menghebahkan kehebatan guru mereka yang penuh berinspirasi kerana, telah melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas mereka di dalam kelas. 

Anugerah ini akan diberikan kepada 25 orang guru paling berinspirasi dan setiap penerima anugerah akan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaan dalam majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. 

Rakyat Malaysia yang mencalonkan guru tersebut juga akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.

AGI yang diperkenalkan pada tahun 2017 telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 11,500 pencalonan dan seramai 56 orang guru telah menerima anugerah ini. 

Anugerah ini merupakan inisiatif McDonald’s di bawah program #McDSayangCikgu demi menghargai dan meraikan warga pendidik yang mencetuskan inspirasi dan gigih berusaha melebihi tugas-tugas hakiki mereka  demi mendidik para pelajar. 

McDonald’s ingin meraikan wira-wira tidak didendang ini yang telah mendidik generasi pelajar secara akademik dan kreatif menerusi sikap penyayang dan keluhuran hati budi mereka.

“Anugerah Guru Inspirasi yang merupakan sebahagian daripada #McDSayangCikgu berkisar tentang usaha menghargai, meraikan, dan mengiktiraf segala usaha para guru kita. McDonald’s yakin bahawa guru memainkan peranan penting yang bukan semata-mata untuk pertumbuhan akademik anak-anak, malah untuk pertumbuhan peribadi mereka juga.  
Seorang guru yang mempunyai pengaruh positif ke atas pelajarnya berupaya untuk mencetuskan suatu tindak balas rantaian positif yang berlanjutan hingga ke luar kelas. McDonald’s Malaysia komited untuk memastikan bahawa para guru sedar bahawa mereka dihargai dan dapat terus memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk melakukan sesuatu yang kecil tetapi memberikan makna dan pengertian yang besar,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia.


Tambah Melati lagi, 

“Selain itu, McDonald’s juga menzahirkan penghargaan kami terhadap para guru dengan memberikan hidangan percuma pada Hari Guru, menganjurkan seminar motivasi tahunan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang baharu serta mengadakan jamuan Hari Guru di cawangan-cawangan kami. 
Kami menyeru para pelajar, ibu bapa, keluarga dan warga pendidik untuk meluangkan masa berkongsi kisah guru-guru mereka yang benar-benar berinspirasi.”


Calonkan guru kesayangan anda dalam tiga langkah mudah dan jadikan Hari Guru kali ini hari yang lebih bermakna buat mereka - 

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha mereka meningkatkan pencapaian akademik pelajar, teknik pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, dedikasi yang melebihi tugas-tugas hakiki dan penghasilan impak positif yang berkekalan ke atas pelajar.  

Menghulurkan bantuan kepada komuniti merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Selain meraikan para guru, McDonald’s juga sangat komited dalam usaha penglibatan komuniti dan menyumbang semula kepada masyarakat menerusi beberapa program yang berlangsung sepanjang tahun. 

Antara beberapa prakarsa yang dilaksanakan di seluruh negara termasuklah lawatan ke rumah orang tua ketika Tahun Baharu Cina, penajaan moreh yang diberikan kepada masjid-masjid setempat pada bulan Ramadan dan mengadakan pelbagai aktiviti keceriaan bagi kanak-kanak kurang bernasib baik pada bulan Oktober. McDonald’s juga menyokong Rumah Ronald McDonald (RRM), yang memberikan tumpuan pada asas-asas pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang menyasarkan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.


[KREDIT: McDonald]

25 Feb 2020

,

GENAP seminggu pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, kesedihan ternyata masih lagi membelenggu insan-insan yang ditinggalkan, terutama isteri tercinta, Bunga Citra Lestari, 36, dan anak tunggalnya, Noah Aidan Sinclair, 10.

Difahamkan hampir setiap hari BCL dan Noah mengunjungi pusara Allhayarham Ashraf di San Diego Hills untuk melepaskan rindu. Keadaan BCL dilihat masih beremosi dan sering menitiskan air mata mengenangkan Allahyarham sehingga membuat banyak hati yang luluh melihatnya. 

Bagaimanapun, BCL bertuah apabila sentaisa dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa hadir memberikan sokongan moral buatnya. Malah khabarnya ada di kalangan tekan-teman artis dan kenalannya yang setiap hari hadir menziarahinya untuk bertanya khabar. Antaranya Rossa, Afgan dan lain-lain.

Marilah kita doakan yang terbaik buat BCL dan Noah, semoga terus kuat berdepan kehilangan yang insan tersayang. Insya-ALLAH dipermudahkan segalanya dan dapat mendepani hari-hari depan dengan sebaiknya.