22 Nov 2019

JOM KAPLUK DARI KAPLUWI


SEBAGAI persediaan dan ulangkaji santai anak-anak usia prasekolah yang bakal melangkah ke    alam persekolahan tahun satu Januari depan, RTM menyiarkan program bertajuk Kapluk Dari Kapluwi yang tampil dengan konsep belajar sambil menyanyi melibatkan pengetahuan seperti perkataan, benda, warna bentuk, huruf dan angka. 

Dibintangi pelakon cilik Kishreena, Shazman dan Nur Dania Thani, program 13 episod ini menemui penonton mulai 25 November ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 pagi di TV2. 

Program edutainment ini memaparkan watak boneka iaitu Kapluk, Yap Yap, Bob dan Pin dari planet Kapluwi bersama dengan adik Kasih, Isaac dan Airis bermain, menyanyi sambil belajar di sebuah rumah permainan mempelajari berkaitan perkataan, benda, warna bentuk,huruf dan angka.

Dalam episod pengenalannya perkataan yang dipelajari ialah ucapan selamat, apa itu batu, kayu dan objek bentuk bulat. Selain itu penonton diajar mengenal warna merah, huruf A & B dan angka 1 hingga 12. Perkataan berlawanan yang dipelajari ialah depan dan belakang, perlahan dan laju dan untuk segmen akhir diperkenalkan dengan sebuah kereta.

Kenali berbagai jenis buah-buahan di Malaysia seperti durian, nenas, rambutan, ciku dan limau. Bentuk yang diajar ialah bentuk empat segi sama dan warna hijau. Perkataan berlawanan ialah kecil dan besar, banyak dan sikit juga panjang dan pendek. Ia diakhiri dengan memperkenalkan apa itu motosikal.

Untuk episod berikutnya kanak-kanak dapat mengetahui tentang kucing, cara pelihara dan makanan kucing. Turut diajar mengenai 7 hari yang ada dalam seminggu dan bentuk yang dipelajari ialah bentuk bintang. Pelajari juga bagaimana membuang sampah ditempat yang betul. 

Sama-sama kenali dengan lebih jelas tentang telefon bimbit dan kegunaannya, dan dalam segmen lagu, Cikgu Nan akan menyanyikan Lagu Senyum Selalu diikuti perkataan berlawanan dan segi empat tepat. Kapluk pula diajar mengira dari 1 hingga 10 dan dalam segmen pengembaraan mencari Tulubi, Ping telah ditunjukkan pokok pisang dan pokok kelapa.




Sementara itu ketahui warna menggunakan tanah liat. Cikgu Nan menyanyikan lagu Wahai Bulan dan Hap telah dikenalkan dengan tisu dan mentega kacang. Kata lawan yang diajar ialah mula dan tamat, sihat dan sakit, dan ketat dan longgar, manakala angka yang kenalkan ialah nombor 5. Dalam segmen pengembaraan mencari Tulubi, Ping telah diperkenalkan dengan lampu isyarat dan fungsinya.

Untuk episod berikutnya kenali bunyi guruh dan hujan dan ditunjuk cara menggunakan payung dan baju hujan. Dalam segmen lagu, Cikgu Nan nyanyikan lagu Hari Nak Hujan. Perkataan berlawanan ialah naik dan turun, basah dan kering dan bising dan senyap. Penonton dibawa ke taman bunga dan mengenali sarang lebah.

Beberapa subjek pengetahuan yang pastinya mengujakan tentang telur dan ayam, keropok dan jeli, hidupan laut seperti ikan, sotong dan penyu, mengenali 7 warna pelangi, pakaian traditional seperti baju kurung, baju melayu dan songkok.
  
Dalam segmen pengembaraan adik-adik dibawa ke taman burung melihat burung merak dan kakak tua, ke taman permainan dan dikenalkan dengan buaian, jongkang jongkit dan gelongsor. 

Ada juga lawatan dan penerangan menarik seperti di tepi laut (mengenai rumah api dan fungsinya), ke zoo (kuda dan monyet), dikenalkan dengan kura kura, ular sawa dan iguana. Ada juga episod ke tasik dan dikenalkan dengan itik dan angsa.

Episod akhir belajar mengenali jenis kenderaan yang digunakan di air, di darat dan di udara seperti bas, helikopter, kapal dan kereta. Dalam segmen pengembaraan singgah ke Menara Kembar Petronas (KLCC).



KAPLUK DARI KAPLUWI
Bahasa: Melayu
Episod: 13        
Hari: Setiap Isnin hingga Khamis (Mulai 25 November) 
Masa: 9 Pagi 
Saluran: TV2  
Arahan: Allahyarham Raja Ahmad Alauddin  
Pelakon: Kishreena, Shazman dan Nur Dania Thani


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan