Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ONXON TINGGALKAN MLM 2019



KUMPULAN meninggalkan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) apabila diumumkan tersingkir pada minggu keempat yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, pada Jumaat.

OnxOn yang dianggotai oleh Azrul Zaidi, Gbob dan Che Mat gagal memberikan persembahan menarik sehingga mendapat markah paling rendah dalam persaingan kali ini.

Sementara itu, kumpulan J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare, Stone, Rahmet, Jambus, Puteh dan Rojak akan meneruskan persaiangan pada minggu seterusnya.

Kesemua peserta turut diadili juri tetap yang terdiri daripada Inul Daratista, Lisa Surihani, Najib Ali  dan Datuk Jamal Abdillah.

MLM2019 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) pada setiap Jumaat.

Post a Comment

0 Comments