Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RUMAH SERAM TRAIN TO BUSAN TIBA DI RESORTS WORLD GENTING

(From left to right – Katherine Chew (Vice President of Resort Communications and Public Relations of Resorts World Genting), McKin Lee B. Jin (Honorary Chairman of Malaysia Korea Chamber of Commerce), Jzune Wong (Business Development Manager of AirAsia) & Roger Ong (Assistant Vice President of Entertainment & Events of Resorts World Genting))

SILA naik semua! 9 malam, 31 Oktober 2019 Train To Busan dari Resorts World Genting bersedia untuk bertolak. 

Berhenti di semua stesen, termasuk Stesen Seoul yang dijangkiti wabak zombie, melalui platform stesen Daejeon dan gerabak Kargo Kimia yang menuju ke  Busan. Selamat melalui perjalanan yang tenang. Ia adalah perjalanan yang anda tidak akan lupakan. Itu janji kami.

Hari ini, istimewa untuk para media, Rumah Seram Train To Busan membuka pintunya. Kira-kira 200 tetamu hadir di majlis tersebut. 

Diketuai oleh Roger Ong, Penolong Naib Presiden Acara & Hiburan, Resorts World Genting bersama dengan Jzune Wong, Pengurus Pembangunan Perniagaan AirAsia dan Jek Mok, Ketua Pegawai Eksekutif VividThree, telah melancarkan produksi rumah seram bernilai jutaan ringgit dengan meriah sekali. 

 “Saya berharap semua akan bergembira,” kata Ong. 
“Kami tidak mengambil mudah dalam mencipta dan mereplikasi kembali dunia dalam filem blokbuster Train To Busan. Ia benar-benar unik dan kami berharap para pengunjug akan menyukai pengalaman ini. 
Rumah Seram ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus berinovasi dan secara konsisten memperkenalkan pengalaman baharu dan unik yang tidak ditemui di tempat lain kecuali di Resorts World Genting. 
Pejabat kereta api Train To Busan kini dibuka. Saya sudah ada tiket, dan saya harap anda juga ada. Jemput naik dan biar Resorts World Genting bawa anda melalui satu penjalanan penuh dengan debaran.  
Apabila ditanya idea di sebalik pengalaman rumah seram ini, ini kata penciptanya, Mok, “Kami tanya pada diri sendiri: apa yang kami akan lakukan sekiranya kami adalah salah seorang daripada mereka (orang Korea) yang terperangkap dalam malapetaka zombie? 
Apa akan berlaku sekiranya kami memilih adegan yang berbeza berbanding apa yang telah dilakukan oleh watak-watak dalam filem tersebut. Ia amat menyeronokkan untuk mencari semula idea dan lihat apa yang boleh dilakukan serta bagaimana kami boleh menambah baik. 
Tetapi, ia juga merupakan satu cabaran besar ketika bekerja dengan pemilik IP yang berjaya seperti Train To Busan kerana mereka mempunyai begitu ramai peminat di seluruh dunia yang menyukai filem itu. Saya percaya kami telah melakukan yang terbaik dan datanglah untuk merasai pengalaman itu sendiri!

(Maze in Lost in Daejeo)


Diadaptasi daripada sebuah filem blokbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016, Train To Busan, Resorts World Genting bakal mempersembahkan perjalanan kereta api seramnya sendiri selama dua bulan yang bakal menawarkan pengalaman menakutkan sambil berseronok buat peminat filem berkenaan dan kaki-kaki filem seram. 

Dengan kutipan kasar pecah panggung melebihi US$93 juta, Train To Busan merupakan filem Korea paling berjaya. Di Malaysia, ia berjaya mencatatkan jualan kasar melebihi RM21 juta dan masih mengungguli senarai kutipan Korea tertinggi. 

Baik penonton tempatan mahupun luar negara, semua orang tahu bahawa ia menceritakan kisah seorang bapa dan anak perempuannya yang cuba menyelamatkan diri daripada wabak zombie – ia telah digambarkan sebagai ‘satu pengalaman unik dan amat menghiburkan menerusi cubaan genre seram zombie’ dengan ‘pelbagai komen sosial…dan aksi lakonan hebat.’

Kesemua gabungan itu menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. 

Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat. 

Penggembaraan ini akan mengandungi beberapa bahagian dimana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri. Mengikut plot daripada filem – di Seoul, si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan – bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. 

Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu.

Tetapi kereta api itu turut dijangkiti. Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. 

Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Anda mungkin akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan. Teruskan ke kawasan selamat, atau tewas ketika mencuba.


(Entrance to Train to Busan at SkyAvenue Pavilion) 


Terdapat dua bahagian pengalaman tambahan Train To Busan yang disediakan. Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. 

Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. 

Jika semua ini kedengaran seolah-olah memenatkan dan meletihkan, jangan risau ada ganjaran untuk semua orang: buat mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada Train To Busan, Seoul Retail Street yang terkenal dengan hidangan terbaik Korea dan budaya K-pop adalah hadiah anda. 

Rumah Seram Train To Busan akan bertolak di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Ia akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019, dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. 

Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.


[CREDIT: Genting World Resort]

Post a Comment

0 Comments